Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Monday, May 27, 2013

Cabaran Sihat -Minggu ke 4 yang 'menyedihkan'

Huuaaaaaaa...... memang sedih giler lah minggu ke 4 ni, first berat badan aku naik 2kilo lah pulak, mungkin aku push so hard on training, coach di gym suruh aku relax dulu hari jumaat, jgn nak angkat2 berat ni, muscle aku tengah naik, katanya..tapi aku degil..
Entah berat lemak atau berat muscle aku pun dah confius..tapi sebab aku dah tahu so tak tertekan lah sangat..huhu

Yang buat aku kecewa, bukan sahaja aku tak dapat nak menghabiskan seisi booth camp hari tu malah tidak memulakan nya langsung...sebabnya..masa acara 'punishment' tu aku muntah2 teruk, pening gilos dan rasa hampir nak pengsan...mau tidaknya, punya lah 'brutal' denda yang aku kena, well semua pun kena warm out benda yg sama tapi sebab agaknya aku memang dah tertulis di loh mahfuz yang aku akan muntah2 hari tu..so  beb, jangan cakap lah...minum muntah, minum muntah, sampai satu tahap..dah tak ada apa nak dimuntahkan lagi..coach (askar tuh..) tu bagi tahu kami yg duduk di group D ni, mereka dah biasa dilatih tubi mcm tu, dan part yg guling2 pocong tu ada kes sampai muntah hijau...makkk aiii...aku yang sampai tak ada apa nak keluar dari tekak ni nak kategorikan sebagai muntah apa ekk??

Fuhhhh....Layann dulu lah apa yang membuatkan aku muntah tahap tak ada kategori...huhu


Note to myself : ha, itu lah suka sangat, kan dah muntah, sampai keluar ayak mata...huaaaaa :)


Aku tibai gambar ni daripada facebook org kuat utusan karya, Cik Syarliz yang cute...cantik pulak dia upload ala2 instagram gitu..tapi yang tak tahannya aku plak terpendek disitu..huhu




Itu lah aku yg tergolek-golek macam ayam golek, serius kepala aku dah pening akhirnya badan aku dah tergolek sendiri..aku rasa penyakit darah tinggi aku tetiba menyerang, dah lah cuaca panas terik..mana lah tak muntah, serik beb..

aku yang terlantar dihujung sana...huhu aku tahu itu lah aku beb, sebab aku rasa mcm dah nak putus nyawa dah...


Serious aku serik!! ada rasa nak tarik diri dalam program ni pun ada..aku dah hampir2 nak bagitau kat suami biar dia call cik syarliz mintak aku tarik diri..sebab aku ni memang lembik dan dari dulu pun memang banyak penyakit on off, so agak risau lah sikit..tapi dalam serik2 tu, keras kepala aku datang..hihi..so terpaksa tukar plan diet lah minggu ni..

Aku berjanji dengan diri aku ni yang penting berjanji sepenuh hati untuk tak terjunam dalam group D lagi..kalau ada group E minggu depan..abes lah aku..huhu baik tarik diri n fokus kat gym lah..invest banyak2 (bagi aku la) kalau tak ada perubahan dalam program ni, baik tak yah..buang masa, betul tak?

Maka plan B pun bermula...huhuhu..layannnnzzz....

Korang click sini dulu untuk menonton 'perjanjian dengan diri'

Kalau korang dah klik dan dah tengok video yang tak berapa nak ori tu, aku mulakan diet baru hari Isnin, sebabnya hari sabtu dan ahad, aku memang tak berapa sihat..aku tak kira sangat kalori intake, makan pun tak selera..tapi pelik selera datang waktu malam lah pulak..sabtu dan ahad Ibu Jari tunjuk bawah lah nampaknya...huhu

Hopefully this week adalah peningkatan sikit..mesti wajib turun...kalau naik lagi, jom masuk gaung!!

See you in the next entry!! :)

Jom layan dulu gambar2 sebelum daku bermandi muntah dan di angkut oleh suami balik kerumah...huaaaaaaa cedeyyy



Wajah2 Group D, yang bukan sahaja statik tak turun2 malah naik pulak 2 kilo lagi...mana tak kena denda..

Serious....aku rasa nak pitam masa ni, bukan diriku yang menggolek kan badan ku lagi..huhu

Belum start booth camp, dah penat tahap gaban... (aku lerrr)

heart bit aku dah kencang sangat masa ni, tapi aku 'push' syukur pada Allah..bernafas sampai hari ini..huhu














Thursday, May 23, 2013

Bila 'anak' mengurus rumahtangga - Gambar tidak pernah MENIPU

Maaf kan mama sayang, mama memang 'kejam' pada kamu..Mama tak berupaya nak duduk dengan sempurna pun sampai nak mandikan adik kamu yang istimewa itu pun kamu yang bantu.

Puteri Dania, zaman kanak-kanak dia mungkin tidak seperti kanak2 yang lain, balik dari sekolah dia perlu mengambil alih tanggung jawab menjaga adik2, kemas rumah dan sebagainya..kadang2 bila time nak exam, aku akan call cleaner service utk kemas rumah aku..Sebabnya??

Sebab Aku TIDAK MAMPU utk membuat semua tu....memang sedih betul hidup aku ni.

Pagi2 sebelum kesekolah, dia akan pastikan susu baby (Mia N Khyra) telah tersedia, sebab kalau susu tak siap..aku akan mengamuk sebab ganggu masa tidur aku. Orang gemuk manalah boleh tidur lena, kadang2 jam 4pagi masih belum boleh tidur..Ianya menakutkan.. Puas pejam2 mata, layan buku, layan astro..tapi jangan harap boleh lena..
hormon badan dah tunggang terbalik, jadi 'tidur lena atau tidur awal' tak ada dalam kamus aku ni

Gambar dibawah ini adalah contoh terbaik bahawa aku tidak menipu kamu rakan2 maya yg dtg bertandang di blog aku ni..aku memang tidak berupaya nak mandikan anak sendiri..Semuanya Dania yang buat..Dia pandai sapu sampah seawal usia 6tahun, masak nasi umur 8tahun, goreng ikan, goreng telur, goreng ayam masa berumur 9tahun..nasi goreng pun dia pandai masak..

Kesimpulannya, dia matang dan dewasa dari usia sebenar..Sangat2 sedih dia tidak pandai berbasikal sehinggalah aku memaksanya naik basikal bila usianya 9tahun. kerana dia nak naik basikal dan bermain pun tak ada masa, masanya jaga adik2 je, adik nanges dia dokong dan buatkan susu. Adik berak dia cebuk, mandikan baby pendek kata, siapa nak jadikan dia isteri..memang anak aku ni 'sangat mewah' dengan pengalaman menjaga baby dan sangat cekap didapur...

Aku dan dia sering diperli bila dia dikatakan sering menjaga adik, dia diam aje..kalau sepupunya bermain, dia kena jaga adik..Tapi sekarang, bila aku dah fit sikit ni..aku kembalikan segala zaman2 kanak kpd dia..tapi nampaknya dia dah terbiasa..

Adik adalah Keutamaannya.. Sayang Dania, pengorbananmu tak terbalas nak..Ampun kan mama :(




Inilah anak ku tersayang, yang banyak berkorban utk ku..Puteri Dania

Aku jamin anak dara korang pun belum tentu berani nak mandikan baby, masa ni khyra baru 6bulan





Aku snap gambar ni sebab aku perhatikan Khyra asyik pandangggg je muka kakaknya semasa mandikan dia..aku rasa dia mcm tahu aje, jenjangan dia cakap "Kesian kakak aku ni, besar pengorbananmu"



Lepas mandi, posing kejap..dokong baby pun dia pandai



Pakai kan pampers dan baju baby


Tara!!! Dah siap mama...siap pakai stokin lagi tuuu


Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Dania yang ku panggil kakak tidak mampu utk ku balas..aku hanya mampu berdoa kesejahteraannya dunia dan akhirat...

Perit jadi orang gemuk ni, ramai yg terpaksa berkorban dan terkorban, jadi nasihat aku..jangan patah semangat..Jangan jadi orang GEMUK..JANGAN...JANGAN...kasihan lah dengan diri sendiri..Kalau tak diri yang kasihan..siapa lagi? 


Wednesday, May 22, 2013

Minggu ke 3 di Cabaran iSihat - Aku kena DENDA!!!

Serious aku kena denda beb, 3 timbang aku pergi (termasuk lah timbang iSihat tu) tetiba badan aku naik 300gram..masa tu syukurlah cikgu Kevin Zahri cakap, timbang ni memang naik sikit..aku rasa lega..tapi hukuman tetap ada. Ada jugak kawan2 yang mengeluh, jauh bebeno jaraknya dengan timbang peribadi mereka, perbezaan dalam1.4 gitu.

Aku pun sama, beza dalam sekilo mcm tu, timbang aku 88++ timbang iSihat tetiba 90kg lah pulak...serious beb, memang aku ada rasa down..terbawak2 sampai abes program, nak workout pun rasa tak berguna..huhu..kalau maintain tak pe..tapi naik tuu

Minggu ke 3 sebelum aktiviti treasure hunt bermula, sudah tentulah kena warm out dan acara denda gitu, nak tak nak kitaorang kena jogging dan menyerah diri lah kena denda..huhu layannnn...

Sebelum tu, sorry beb aku tak susun gambar mengikut itinerary program..hahha..nanti korang baca ajelah kat bawah gambar tu, aku upload sekali gus je..





HA!!!!! Ini Makan Dia!!!! Acara punishment by Cikgu Kevin Zahri..


Bergambar kenangan sebelum bermulanya program treasure hunt, biasalah artiskan..hihi 



Mak dara pinggitan...kuikui 


Seronok beb, perjalanan sebelum warm out, bila cikgu KZ kata "saya suruh jogging bukan sight seeing terus semua lari" KZ tak garang okay..





Yang mana 1, idaman kelabu...hahaha, diaorg ni kalau kurus, Aaron Aziz pun kalah tau, handsome gitu...huhu

Yang ni after joging dan kena punish, ada pulak cabaran makan sihat, korang tau aku kena makan carrot, nak muntah beb, sebab kulitnya tak dikupas...sabo ajelah

Dalam Lift pun sempat, bersama orang kuat KL Tower n Utusan Karya, serious beb dia org ni gila-gila and terbaikkk!!

Posing gyiomi sebelum naik ke angkasa dekat KL Tower..hehe

Gyiomi lagikkkk....


Task ni memang lawak beb, ada ke suruh aku gelek dalam hula hoop tu, sabo ajelah..kena buat 3 kali tanpa jatuhkan gelung tu wokeh, baru lah boleh dapat next clue..

Mira buat lawak..dia siap gelek kan muka ngan badan sekali...hahaha :D



Lepas program ni berakhir, korang akan jadi kenangan yang aku rindukan...huhu (tacing jap)

Kuza selalu buat muka mcm tu tau...candid!! hehe


Serious muka aku diapanah cahaya mentari, so rasa tak berguna je snap gambar..huhu




Nash dah lepas, aku jatuh..so kena buat sekali lagi..stress, last aku main benda alah ni rasanya umur 5 tahun kat sekolah tadika...dah umur 36tahun kena buat balik...tak kerr???


Finally..aku lepas, kesian Mira, aku rasa dia lagi lama tak main hula hoop ni dari aku..haha


Sila sahkan kehadiran anda dengan menandatangani borang kehadiran..hihi


Task minggu ke 4 Booth Camp, Booth camp ni HIIT Training, memang mintak nyawa aku rasa, pulak this week aku ada rasa sikit down, tapi tak pe..sebab impian aku nak memakai kebaya size M, kalau tak dapat raya ni, raya tahun depan..jadi aku tak peduli lah...perjuangan harus diselesaikan!!

Jumpa you all di next entry!!

Thursday, May 16, 2013

Aku & Cabaran i-Sihat Musim ke 3

Memang tak caya beb, rasanya lagi 3-4 hari sebelum pelancaran majlis tersebut, Pihak Utusan Karya call aku, katanya aku terpilih sebagai perserta Cabaran Sihat musim ke3 bersama Kevin Zahri.. Ya Allah, aku punya mengidam nak jumpa Kevin Zahri, nak tuntut ilmu daripada dia, tak tahu nak cakap macam manalah..rasa macam mimpi pun ada. 

Aku selalu follow blog dan facebook page dia, selalu je aku ngidam sangat nak join kursus dan program Jom Kurus dia tu..tapi biasalah macam2 halangan lah pulak, sebab tu bila peluang ini datang, aku tak toleh kiri kanan lagi..Semoga Allah permudahkan urusan aku..

Selama 6 minggu kami akan dilatih tubi mcm ala2 bigger loser gitu, walaupun latihannya bukanlah hari2 tetapi kalau dalam seminggu tak turun berat badan siaplah..ada je dendanya, memang stress beb. Minggu pertama timbang, aku turun 3++. Minggu ni? ntah takut gilos lah..

Kita layannnn gambar sepanjang perjalanan program. Baru minggu ke 2, ada lagi 4 minggu lagi nak tahu sape yang menang..huhu

MAJLIS PELANCARAN 
Siap dengan seisi menimbang para peserta, mengucap timbang tu kalau benda tu boleh bersuara..huhu


MINGGU PERTAMA 
Dah start kelas dengan Cikgu Kevin Zahri, aku duduk depan sekali, kasi puas hati tengok muka dia yang hand hand hand...ha lu pikir lah sendiri..ngeee

MINGGU KE 2
Program tak cukup nafas, huhu - Body Combat, aerobic & dancing, circuit training..2 jam beb, semput aku..balik rumah sakit2 badan


Minggu ke 3 ni nanti ada program treassure hunt, naik tangga turun tangga kat Menara KL tu..ha amik ko, berat aku baru 89kg mcm tu...mengucap lah banyak2 ye...huhu 

Hari ni cerita aku dan kawan-kawan dah masuk majalah i-Sihat, pergh...tak sabar nak tunggu sabtu ni sebab Utusan Karya nak bagi PERCUMA sahaja..yelah masuk program ni dapat langganan PERCUMA selama setahun gitu...Untungkan?

Macam terpandang jerk wajah aku kat tepi tu..hahaha...TAHNIAH lah kepada diri aku, sebab usaha aku tak sia-sia, Alhamdulillah syukur pada Allah..



Gambar aku yang sebelah kanan atas sekali bawah gambar Kevin Zahri, amboiiii bukan maen lagi macam retiss gitu..haha


Guys yang nak beli majalah ni bolehlah dapatkan dipasaran, keluaran June 2013, dalam tu ada cerita pasal diri aku, impian aku dan kenapa aku nak kurus (saya rasa bangga dgn diri saya) :)




Wednesday, May 15, 2013

Program Bengkel Memasak Makanan Sihat

First aku bersyukur sangat pada Allah pada akhirnya aku dibukakan pintu hati untuk menguruskan badan aku yang pada satu masa dahulu aku rasa memang berangan ajelah aku ni, tak mungkin aku akan kurus memandangkan keadaan fizikal, nak bawak badan pun dah tak termampu lagi..Bukan itu sahaja, tabiat pemakanan aku yg teruk, aku SUKA makan..Aku obses pada makanan..I Love Food! So mcm mana aku nak kurus?
Oh rasa mustahil betul..

Banyak juga program yang aku sertai kerana apabila melihat segalanya menjadi lebih jelas dan terang, aku rasa mungkin ini masanya aku nak keluar dari kepompong hidup yg asyik makan tidur, makan tidur ni. Jadi antara program yang aku sertai adalah Bengkel Menu Masakan Sihat yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa pada March yang lalu..So bolehlah aku mempelbagai kan makanan aku yg memboringkan itu. Yang pastinya all western food, kalau korang minat western, rasanya best lah untuk korang, kalau tak makan apa pun janji tak terkeluar dari DCR korang sudah..

Semua Western, mahal lah kos dia, pada yang ada duit mmg berbaloi2 lah

After program seisi bergambarlah

Kami kaum Hawa yang nak jaga badan

Masak bang jangan tak masak...

Lepas belajar menu sihat ni, bolehlah sekali sekala update kat rumah makanan yang sesuai untuk dimakan. Anak-anak pun suka, western rendah kalori, meninggikan metabolisma dan tinggi bayaran kat pasaraya huhuhu..apa pun hari tu menang enjoy!!


Menu Sihat Ciptaan ku

Menu Sihat, sedap yang penting murah dan menyelerakan. Orang cakap makanan orang diet ni tak adalah sedap sangat, asyik2 sup, rebus, sup, rebus tak ada benda lain. Well, memang betul tu kalau ilmu masak memasak dan kira kalori dalam badan sendiri pun tak tahu. Tapi alhamdulillah, berkat kerja google mengogle dan ilmu daripada beberapa rakan2 yang telah berjaya daripada kejatuhan dinasty mereka dapatlah aku belajar sikit2..

Memula tu aku pun sama gak macam korang semua, sup dan rebus2 sahaja, tapi yang pelik aku tak muak pulak sebab dalam seminggu tu, aku tukar2 lah menu. Bila badan dah cecah 95kg barulah aku berani makan yang best2 sikit tetapi still tak terkeluar dari DCR (Daily Requirement Calorie) badan aku ni.

Tapi sebelum tu aku nak bagi tahu yang aku selalu tukar plan diet aku, antara diet yang pernah aku buat adalah low calorie diet, high protein diet, atkins diet, inferno diet, macam2..aku tukar2 selama 2 minggu. Tak buat lama2 sebab aku memang suka tipu sistem badan, so susah lah sikit nak kena plateau. Tapi kalau nak kena gak, so aku relax ajelah..

Antara menu yang selalu aku masak macam dalam gambar dibawah ni lah :-

TomYam Ayam & Sayur sayuran

 Stim Fish with vege, korang dah tak nampak ikan sebab dah tertutup

Salad

Sohun with scramble egg

Menu breakfast

Sayur lagi - apa lagi daaa kalau tak sayur sayur n sayur

Tea Time : Kacang dal, makan sikit je jgn pulun sampai abes

Dinner : Tuna salad wrapped


Sambal ikan bilis, bayam rebus n telur rebus tanpa kuning (ada brann?)

MENU ATKINS DIET

Macam yang pernah aku beritahu korang, aku pernah mengamalkan Atkins Diet ni dan ianya ternyata berkesan jugaklah, tetapi aku amalkan tak lama dalam 2 minggu ajelah sebabnya bila kita terlalu rajin sangat 'mengoggle' akan terbaca juga lah keburukan sistem high protein ni, so kesimpulannya..., nak buat boleh kalau teringin nak makan banyak tetapi jangan lama2..sebab Atikns Diet mengetepikan langsung hak2 KARBOHIDRAT dalam badan dan protein yang tinggi..so badan pun dah jadi kurang bertenaga.

2 minggu buat pun banyak kilo jugak lah aku turun, dalam 7 kilo macam tu, tapi gym aku tak tinggal, sebab kekurangan punca karbohidrat yang membekalkan tenaga dalam badan, aku jadi pancit sikitlah..tapi badan mmg boleh turun dan korang boleh melantak apa sahaja termasuk cheese kegemaran aku tu asalkan BUKAN karbohidrat 

Ikan tongkol masak kari + taugeh goreng 

 Salad with bacon and cheese - breakfast tau!

Ni makan kat luar so makan telur goreng, ikan goreng dan hati ayam goreng..amboiiii goreng sesaja Atkins Diet ni huhu

Sausage rebus

Nampak tak betapa heaven nye diet atkins ni, makan apa sahaja yg korang suka janji tiada karbohidrat termasuk lah karbo yg tersembunyi..nak try boleh tapi korang kena bersedia lah dari fizikal dan mental okay sebab kalau termakan karbo yg tersembunyi (contoh kuah asam pedas yg dibubuh gula) makanya diet tu jadi fail lah pulak. satu hari karbo tidak boleh melebihi 10mg..amboii penat mengira..huhu

DIET CARA RASULULLAH SAW

Dalam banyak2 diet yang aku amalkan, Diet Rasulullah jugalah yang terbaik. First no stress, turun smooth je,sampai satu tahap aku jadi macam..aku buat kerja aku je...Diet Rasulullah ni bukan setakat menu je yang aku amalkan tetapi termasuk adab dan petua2 nya sekali. Aku tak makan lauk banyak2 makan satu jenis je, aku juga tak pergi makan buffet, sebab rasulullah menggalak kan kita makan lauk yg dekat dengan kita..so aku tak ada masalah, makanan pun senang cari.. kambing, susu, buah kurma, makanan berserat semuanya adalah menu rasul yg kita cintai ini..



Tuna Salad - Diet popular bagi masyarakat china wrap dalam daun salad yg besar


Rasul kita suka dengan makan campuran karbo + protein, lentil atau kacang dal adalah campuran protein dan dal, sedap..korang masak lah apapun janji sedapp


Okay dalam next episod, kita tengok proses penurunan dari seisi timbang menimbang pula ya :)