Blog ini aku ciptakan untuk diriku sebagai satu diari dengan nawaitu : Agar dapat menginspirasi manusia lain yang INGIN KURUS.
Selain daripada itu, andai satu hari nanti, perjalanan aku ini 'gagal' sampai ke matlamat, aku kira blog ini adalah satu tempat yang paling sesuai untuk aku hayati kembali bibit2 permulaan ketika aku nak menguruskan badan.. Aku cakap terang2 saja, kerana semua manusia didunia ini pernah buat silap, ada perasaan down, perasaan gembira tahap gaban, duka, lara, derita itu semua biasa..
Allah, akhirnya perkara yang aku takutkan itu berlaku juga. Beb, badan aku naik melambung..bukan sekilo dua kilo beb, malah berkilo-kilo..huaaaaa...aku tahu aku buat silap, aku tahu aku 'tidak pandai' melawan stress dan masalah 'food addict' aku ni. Ketika badan dah cantik dan dah turun sehingga 30kg++ aku mula lalai...
Makan dah tak tentu arah sebab terkejar-kejar masa, aku busy giler dengan bussines baru sampai aku stop dari gym. no more senaman..aku tak pergi, i think more than 6 month dah tak senam..beb trust me, aku dah mula start kembali benci dengan timbang ni..
Berkali-kali aku cuba nak 'back on track' tapi gagal, nak dpt kembali momentum tu sangat payah...aku perbaiki niat, gagal juga..masaalah food addict ni bukan masalah ringan dan biasa.. Hanya mereka yang pernah naik sampai 115kg mcm aku ni tau lah mcm mana perasaan nya
supprisingly, aku masih menerima banyak whatsapp dan pm di facebook yang bercita-cita nak kuruskan badan termasuk lah nak menu aku, tips dan gambar2 terbaru... huhuhu rasa nak hempuk kepala kat dinding pun ada rasanya.
Bila aku start membalas dan melayan pertanyaan2 mereka, aku dah mula rasa malu pada diri sendiri..korang sendiri boleh faham kenapa lah aku kemain lama tak update blog, berhabuk blog aku nih...so, again after heart to heart discussion with my bff, aku tune balik nawaitu aku..
First, buat solat hajat mintak dengan Allah.. Nak kurus sebab apa? Pakai baju seksi2 then selfie2 hupdate kat facebook and instagram??? NO WAY BEB, aku hilang 30kg, aku sibuk nak cari baju yang paling cun, make up tebal2 cantik2, penyudahnya ni la aku dapat...LALAI
MOHON PADA ALLAH supaya senang lah sikit nak solat tu, supaya kepala lutot tu tak sakit, jalan pun senang dan tak lah pemalas..Orang Gemok ni PEMALAS..serious..jangan lah tak mengaku..sape2 yang sedar diri pemalas, pergilah cek BMI tu..cek, gemok ke tak. Semua perkara dalam dunia ni, kerana Allah Taala. Bukan sebab kurus nak pakai baju seksi, dress cantik nak selfie2 dalam facebook atau mintak orang puji..tu semua nanti dapat bala Allah. Tak caya, cer tanya aku yang naik almost 10 kg ni.
So hari ni Ahad, 23/3/2014 aku perbaiki niat..
Tak salah berangan, tapi banyak sangat berangan ni kerja syaiton. Ok guys, atas izin Allah juga.. aku akan update mcm dulu2 balik. But sebelum tu, untuk memberi semangat pada diri dan korang yang nak join new group diet aku ni, aku belanja satu gambar dulu..
Senyum :)
Saiz 14
Majalah RAPI
Majalah JELITA
Aku suka giler gambar ni..huhuhu kawan2 grooming aku sejak aku kurus..huaaaaaaaa....
Jadi pesanan aku mudah je, Jangan LALAI..Pujian tu boleh membunuh okay.. Jangan tenggelam dek pujian, jangan lemas dek kejian..hanya perlu fokus dan teruskan..nanti bila asyik kena puji, mula lah tak sedau diri mcm aku ni dan akhirnya padan lah dengan muka aku sendiri..
Jom KURUS sama2
Mingguan Wanita nak shoot aku korang tau, tapi malu punya pasal sebab diaorg tak tahu badan aku naik balik mcm badak sumbu, aku ckp aku tak bersedia..huhuhu






No comments:
Post a Comment