Entah berat lemak atau berat muscle aku pun dah confius..tapi sebab aku dah tahu so tak tertekan lah sangat..huhu
Yang buat aku kecewa, bukan sahaja aku tak dapat nak menghabiskan seisi booth camp hari tu malah tidak memulakan nya langsung...sebabnya..masa acara 'punishment' tu aku muntah2 teruk, pening gilos dan rasa hampir nak pengsan...mau tidaknya, punya lah 'brutal' denda yang aku kena, well semua pun kena warm out benda yg sama tapi sebab agaknya aku memang dah tertulis di loh mahfuz yang aku akan muntah2 hari tu..so beb, jangan cakap lah...minum muntah, minum muntah, sampai satu tahap..dah tak ada apa nak dimuntahkan lagi..coach (askar tuh..) tu bagi tahu kami yg duduk di group D ni, mereka dah biasa dilatih tubi mcm tu, dan part yg guling2 pocong tu ada kes sampai muntah hijau...makkk aiii...aku yang sampai tak ada apa nak keluar dari tekak ni nak kategorikan sebagai muntah apa ekk??
Fuhhhh....Layann dulu lah apa yang membuatkan aku muntah tahap tak ada kategori...huhu
Note to myself : ha, itu lah suka sangat, kan dah muntah, sampai keluar ayak mata...huaaaaa :)
Aku tibai gambar ni daripada facebook org kuat utusan karya, Cik Syarliz yang cute...cantik pulak dia upload ala2 instagram gitu..tapi yang tak tahannya aku plak terpendek disitu..huhu
Itu lah aku yg tergolek-golek macam ayam golek, serius kepala aku dah pening akhirnya badan aku dah tergolek sendiri..aku rasa penyakit darah tinggi aku tetiba menyerang, dah lah cuaca panas terik..mana lah tak muntah, serik beb..
aku yang terlantar dihujung sana...huhu aku tahu itu lah aku beb, sebab aku rasa mcm dah nak putus nyawa dah...
Serious aku serik!! ada rasa nak tarik diri dalam program ni pun ada..aku dah hampir2 nak bagitau kat suami biar dia call cik syarliz mintak aku tarik diri..sebab aku ni memang lembik dan dari dulu pun memang banyak penyakit on off, so agak risau lah sikit..tapi dalam serik2 tu, keras kepala aku datang..hihi..so terpaksa tukar plan diet lah minggu ni..
Aku berjanji dengan diri aku ni yang penting berjanji sepenuh hati untuk tak terjunam dalam group D lagi..kalau ada group E minggu depan..abes lah aku..huhu baik tarik diri n fokus kat gym lah..invest banyak2 (bagi aku la) kalau tak ada perubahan dalam program ni, baik tak yah..buang masa, betul tak?
Maka plan B pun bermula...huhuhu..layannnnzzz....
Korang click sini dulu untuk menonton 'perjanjian dengan diri'
Kalau korang dah klik dan dah tengok video yang tak berapa nak ori tu, aku mulakan diet baru hari Isnin, sebabnya hari sabtu dan ahad, aku memang tak berapa sihat..aku tak kira sangat kalori intake, makan pun tak selera..tapi pelik selera datang waktu malam lah pulak..sabtu dan ahad Ibu Jari tunjuk bawah lah nampaknya...huhu
Hopefully this week adalah peningkatan sikit..mesti wajib turun...kalau naik lagi, jom masuk gaung!!
See you in the next entry!! :)
Jom layan dulu gambar2 sebelum daku bermandi muntah dan di angkut oleh suami balik kerumah...huaaaaaaa cedeyyy
Wajah2 Group D, yang bukan sahaja statik tak turun2 malah naik pulak 2 kilo lagi...mana tak kena denda..
Serious....aku rasa nak pitam masa ni, bukan diriku yang menggolek kan badan ku lagi..huhu
Belum start booth camp, dah penat tahap gaban... (aku lerrr)
heart bit aku dah kencang sangat masa ni, tapi aku 'push' syukur pada Allah..bernafas sampai hari ini..huhu
































































