akuyangcomelsekali.blogspot.com - Nak kurus, nak sihat, nak kaya dan nak bahagia. Semuanya nak...Tapi mesti secara bersih, natural dan sihat, sebab tu aku comel :)
Thursday, January 24, 2013
21 Tips DIET yang berkesan
Tips, tips dan tips...semua orang pun ingin kelihatan kurus dan cantik dan yang penting KEKAL kurus. Dalam pelbagai pihak cuba untuk menjual serta mempromote pelbagai jenama produk pelangsingan yang semakin melambak dipasaran, mereka juga sebenarnya mencari 'carian' hebat makanan dan bahan-bahan yang boleh dijadikan salah satu 'bahan mujarab' dalam produk pelangsingan mereka. Sebab itu tidak hairanlah produk2 tersebut berperisa soya, apple, orange, limau dan sebagainya. Jadi sahabat, disini saya kongsikan kepada anda beberapa makanan yang dipercayai menjadi sumbangan kepada kita untuk menurunkan berat badan dan beberapa tips peribadi untuk dikongsi bersama. Amalkan dan sekiranya berhasil, jangan lupa share dengan kami ya facebook. Share with us ok.. Story of us
Jadi seperti dijanjikan sila klik 21 tips DIET hebat dan berkesan untuk info selanjutnya.. Selamat membaca!!
Wednesday, January 23, 2013
Menyelusuri sirah kelahiran Nabi Muhammad SAW
Di sebalik kesibukan berbagai urusan harian yang tidak pernah habis marilah kita mencari sedikit masa untuk melihat sejenak sejarah kelahiran manusia unggul yang diutuskan oleh Allah sebagai rahmatan lil ‘alamin. Sejarah seorang Nabi dan penutup segala Rasul iaitu Nabi Muhammad saw. Marilah kita mengenalinya dengan lebih dekat melalui sirah kelahiran baginda, sekali gus kita menghirup aroma keindahan sirah itu untuk menyegarkan perjuangan kita yang masih panjang ini.
Bermula sirah harum baginda dengan perkahwinan antara Abdullah bin Abdul Mutalib dengan seorang wanita terhormat dari kalangan Quraisy, Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Namun takdir telah mendahului segalanya, Abdullah bin Abdul Mutalib telah kembali ke Rahmatullah sebelum sempat menimbang cahaya mata yang sedang dikandung oleh isteri tercinta.
Akhirnya Aminah melahirkan Muhammad tanpa seorang yang bernama suami di sisi. Muhammad saw telah dilahirkan di rumah bapa saudara sebelah bapanya iaitu Abu Thalib, dilingkungan Bani Hasyim dekat Shafa di Mekah Al Mukarramah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal bersamaan tahun 571 M yang dikenali dengan tahun gajah, di mana ketika itu Abrahah Al Habsyi telah menyerang Mekah dari arah Yaman untuk menghancurkan Kaabah. Sesungguhnya keputeraan baginda telah berlaku pada 1442 tahun yang lalu, masih kita kenang sehingga ke hari ini.
Abdul Muthalib , datuk Baginda menerima berita kelahiran cucunya dengan penuh rasa gembira. Boleh jadi beliau melihat kedatangan cucunya itu sebagai ganti kepada anaknya yang dirampas maut ketika masih muda. Datuk baginda telah membawanya ke Ka’abah dan memberi nama “Muhammad” kepada cucundanya. Nama tersebut cukup asing di kalangan masyarakat Mekah pada waktu itu.
Rasulullah saw telah dilahirkan dari satu kabilah paling terhormat antara kabilah-kabilah Arab lainnya. Baginda pernah bersabda mengenai dirinya :
“ Allah telah memilih kinanah sebagai keturunan Ismail, lalu dari Kinanah Dia memilih Quraisy, kemudian dari Quraisy dia memilih bani Hasyim , dan dari bani Hasyim Dia memilihku. “ (HR Muslim)
Bapa baginda saw, ialah Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin ghalib bin Quraisy bin Malik bin Nadhir bin kinanah bin Khzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Ma’ad bin ‘Adnan. Nasabnya terus berlanjutan sampai kepada Nabi Ismail bin Ibrahim. Semput juga nafas kita nak menyebut nasab baginda saw. Berapa ramai di kalangan kita yang boleh menyebutkannya dengan lancar?
Mari pula kita lihat salasilah keturunan ibunda Baginda saw, beliau adalah Aminah binti Wahhab bin Abdul Manaf bin zahrah bin Kilab bin Murrah. Nasabnya bertemu dengan ayahnya pada Kilab bin Murrah ( nenda kelima dari ayahnya dan keempat dari pihak ibunya ). Seharusnya kita mengingati susur galur keturunan baginda ini, kerana kecintaan kita kepada baginda. Kecintaan kita kepada baginda seharusnya melebihi dari diri kita sendiri.
Bidan yang membantu menyambut kelahiran Nabi saw adalah Syifa’, bonda kepada Abdur Rahman bin Auf. Sementara Suwaibah, jariah kepada bapa saudaranya Abu Lahab adalah merupakan ibu susuan baginda yang pertama. Pengasuh baginda pula ialah Ummu Aiman, jariah kepada ayah baginda , Abdullah bin Abdul Muthalib.
Tradisi bangsawan Arab pada ketika itu menghantar anak ke pedalaman demi mencari udara dan suasana yang lebih baik bagi anak-anak mereka. Lantaran itu Rasulullah saw telah dihantar kepada Halimatus Sa’diyah untuk disusukan. Ketika berusia 4 tahun Nabi saw telah dikembalikan semula kepangkuan ibundanya. Seterusnya pada usia 6 tahun Aminah, ibunda baginda meninggal dunia, lalu baginda diasuh oleh Datuk baginda, Abdul Muthalib. Dalam keadaan yatim piatu, baru sempat 2 tahun bermanja dengan datuknya, Abdul Muthalib juga dipanggil menemui Illahi.
Abdul Mutalib dikurniakan usia yang panjang, sehingga dikatakan bahawa beliau meninggal dunia ketika berusia 120 tahun. Beliau meninggal dunia ketika Muhammad saw hampir berusia lapan tahun. Sebelum kematiannya, beliau telah menyerahkan tanggungjawab memelihara cucundanya, Muhammad saw kepada bapa saudara baginda sebelah bapa, iaitu Abu Thalib.
Abu Thalib menunaikan tanggungjawab memelihara anak saudaranya, Muhammad saw dengan sebaik-baiknya. Baginda tinggal dan bergaul dengan anak-anak Abu Thalib. Baginda membesar di dalam rumah Abu Talib sehingga Baginda meningkat dewasa , matang dan memahami keadaan sekeliling. Ketika berusia 13 tahun baginda pergi mengikut Abu Thalib pergi berniaga ke Syam.
Pengalaman demi pengalaman hidup di alam kanak-kanak yang baginda lalui sejak dari dalam kandungan ibunda lagi. Asal usul dan sirah kelahirannya amat jelas. Berbanding dengan ramai tokoh-tokoh agama lain, asal-usul mereka biasanya tidak diketahui umum selengkap kita mengenal Nabi Muhammad saw.
Kemuliaan keturunan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada lelaki yang gagal. Seperti besi, apabila dibiarkan berkarat, ia tidak berguna lagi. Tetapi jika besi itu berada ditangan pereka yang mahir, ia boleh menghasilkan pelbagai rekaan.
Kelahiran Nabi saw dalam keluarga yang mempunyai kedudukan yang hebat merupakan sebahagian daripada faktor kejayaan yang Allah sediakan untuk risalah Baginda.
Ada riwayat yang menyebut bahawa beberapa petanda perutusan Nabi saw telah berlaku ketika kelahiran Baginda. Di mana 14 balkoni istana Kisra telah runtuh. Api yang disembah oleh puak Majusi telah padam. Gereja-gereja di sekitar tasik Sawah telah runtuh setelah tasik itu kering.
Namun Syeikh Muhammad Al Ghazali dalam kitabnya Fiqh Sirah mengatakan ungkapan tersebut adalah tidak benar.
Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi terakhir telah memelihara kehidupan baginda dari segala kehinaan dan keburukan yang menjadi budaya amalan Arab jahiliyyah. Dari sudut sifat baginda sebagai seorang manusia, Baginda berasa lapar, kenyang, sakit, letih, rehat, sedih dan gembira. Baginda seorang yang berjiwa kental mampu memikul beban-beban kehidupan, susah payah jihad dan perit getir hidup, dalam keadaan teguh dan berani.
Sirah Nabi Muhammad saw bukanlah semata-mata kisah yang dibaca pada hari keputeraan. Bukan juga sekadar disebut-sebut dalam pelbagai selawat yang direka-reka. Bukan juga sekadar pesona cinta yang dipendam dan luahkan melalui susunan bait-bait sajak pujian kepada Baginda . Demikian juga menggerakkan lidah sehari semalam dengan seribu selawat tidaklah memberi makna kepada mana-mana Muslim yang Rasululullah saw tidak hidup di dalam hatinya dan dia tidak mengikuti petunjuk Baginda saw dalam amalan dan pemikirannya.
Ingatlah, alangkah murahnya kasih sayang jika ia hanya sekadar kata-kata! Alangkah mahalnya kasih sayang itu jika ia berbentuk ikutan, kepatuhan dan janji setia.
Rasulullah saw merupakan penghubung manusia dengan Allah. Apabila iman kepada Allah melekat di hati, sempurnalah tugas baginda sebagai Rasul. Tugas Rasul menghubungkan akal dan hati manusia dengan Penciptanya dan menjelaskan jalan yang lurus kepada mereka. Selepas itu, setiap manusia hendaklah memikul akibatnya dalam melakukan perbuatan baik dan buruk.
Rasul bukan orang tengah yang akan memikul untukmu kebaikan yang telah kamu lakukan, Rasul bukan juga ‘kambing hitam’ yang akan menanggung untukmu balasan buruk yang berhak dikenakan ke atasmu.
Samada Rasulullah saw masih ada atau sudah wafat tidak akan mengurangkan hakikat perutusan baginda sedikit pun. Baginda juga tidak diutuskan untuk menghimpun manusia di sekeliling namanya, sama ada sedikit atau ramai. Tetapi baginda diutuskan sebagai pemberi peringatan dan berita gembira.
Tugas Nabi Muhammad juga bukanlah untuk menarik kamu dengan tali syurga. Sesungguhnya tugas baginda saw ialah mencampakkan ke dalam sanubari kamu penglihatan, yang dengannya kamu boleh melihat kebenaran.
Semoga dengan menyelusuri sirah kelahiran Baginda saw akan memberi keinginan yang lebih teruja untuk kita mengenalinya dengan lebih mendalam. Seterusnya memahami tugas baginda sebagai Rasul. Menghayati ajarannya tentang agama Islam yang syumul. Akhir sekali menuruti jejak langkahnya dari sudut kepimpinan dan dakwah, mengajak manusia keluar dari kegelapan kepada cahaya kebenaran.
WALLAHU A’LAM. SALAM MAULIDUR RASUL.
Monday, January 21, 2013
DIET mudah untuk mereka yang sibuk
DIET ketika sibuk? Anda sibuklah sangat?, sampai nak bersenam tak ada masa, tapi masih ada ruang waktu membuat kerja rumah sambil memasak, mengemas rumah, membasuh dan menjemur baju, ATAU round2 satu shopping mall just nak window shopping sahaja? Anda mungkin boleh cuba diet ini.
Tapi sebelum tu saya just nak ingatkan bahawa bersenam ini bukan sahaja nak menguruskan badan tetapi bersenam adalah satu aktiviti kesihatan yang sangat-sangat bagus, bersenam lah selagi masih berdaya dan masih kuat, selain dapat membakar lemak, mengurangkan kolestrol dalam badan, ianya juga membuatkan anda rasa lebih sihat, berstamina dan yang penting, penyakit2 seperti darah tinggi atau kencing manis larikkkk...
Okay kita sambung balik bab diet mudah bagi mereka yang berkarier dan sibuk dipejabat, anda boleh melakukan Diet Protein. Diet protein ni sebenarnya paling cepat kurus, kadang-kadang 3 hari saja boleh hilang 2 kg, tetapi...ada pantang larangnya..
perkara2 anda kena hindarkan iaitu :
- Nasi
- Tepung
- Mee
- Pasta
- Roti termasuk wholemeal...Jangan rasa pelik sebab kita nak buat Protein Diet
- Segala jenis biskut dan snack
Anda boleh makan LAUK...YES!! LAUK..masak lah apa sahaja Ikan, telur, daging, ayam, udang (Sotong and kerang tak boleh)
Sayur-sayuran hijau sahaja dan PLEASE JANGAN minum air manis termasuk buah-buahan, ha jangan pelik kalau nak kurus...minum air mineral atau air kosong 4 liter sehari (Itu Wajib), Makan kena ikut time, jgn suka suki nak makan pukul berapa, kalau hari ni makan pukul 7am esok pun kena 7am....Cer buat dulu 2 minggu, anda tengok hasilnya..sure memang sampai ketelinga :) selamat mencuba...pertanyaan sila Inbox saya disini okay!
Sunday, January 20, 2013
Menu Diet Sihat
- 200 g ayam (bahagian dada)
- 6-7 biji tomato ceri
- salad(ikut suka)
- Carrot (Ikut suka)
- 2 sudu besar sos barbekue/Woscestershire
- 1/2 biji perahan lemon
- 1/2 sudu kecil lada hitam (grounded)
- 1 sudu besar kicap manis
- garam dan gula secukupnya
- 2 sudu kecil minyak zaitun
- sedikit daun parsley (dicincang)
Cara-cara
- Perap ayam bersama sos barbekue, kicap manis, lada hitam, gula dan garam secukupnya.
- Masuk ayam dalam ketuhar dan bakar hingga 20 minit kemudian Keluarkan
- Untuk dressing, campurkan perahan lemon, 1 sudu kecil minyak zaitun, garam dan daun parsley.
- Kemudian gaulkan dressing, tomato yang dimasak tadi dgn ayam. Siap!!
TOM YAM GOONG (Putih)
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 6 cawan air
- 2 inci lengkuas (diketuk)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 labu bawang besar
- 5 helai daun limau purut
- 300 gram udang
- 5 biji limau nipis
- cendawan tiram (ikut suka)
- 10 biji cili api (belah dua)
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Masukkan air, lengkuas, serai, bawang besar & daun limau kedalam periuk. Jerangkan atas api sampai mendidih.
- Kemudian masukkan udang dan perahan air limau. Jangan dikacau sehingga udang berubah warna.
- Kemudian masukkan pula cendawan dan cili api. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Sedia dihidang
SUP SAYUR
Bahan-bahan ( satu periuk kecil )
- 1@2 ulas bawang putih (mayang/tumbuk halus)
- Sedikit serbuk black pepper
- 2 keping dada ayam atau daging
- 1 biji tomato (potong 4)
- Bunga kobis secukupnya
- 1 batang cili hijau/merah
- Cendawan secukupnya
- 1 batang Carrot
- 2 kuntum bunga lawang (utk mewangikan)
- Gula, garam, Ajinomoto (jika suka)
- Air secukupnya
Cara-cara
- Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan serbuk black pepper, kacau cepat.
- Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
- Masukkan Slide dada ayam. Diikuti carrot. Kacau seketika.
- Masukkan lada, kobis, tomato, cendawan dan bunga lawang.
- Akhir sekali, masukkan gula, garam & ajinomoto.
Kenapa air itu PENTING dalam kehidupan Manusia?
Perkara yang WAJIB anda baca dan tahu :
Air sangat penting kepada kehidupan manusia kerana tiga per empat daripada tubuh badannya dipenuhi dengan bendalir yang sentiasa memberi kekuatan kepada tenaga fizikal dan mental.
"Kami jadikan tiap-tiap sesuatu yang hidup daripada air." (Surah Al-Anbiya' ayat 30)
Allah SWT menjadikan air sebagai keperluan hidup semua makhluk di dunia. Pentingnya air ini bukan sekadar untuk diminum malah untuk digali segala rahsia yang terkandung di dalam air.
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1) Minum empat gelas air (4 X 160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
2) Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
3) Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4) Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5) Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.
a) Tekanan darah tinggi – 30 hari
b) Gastrik - 10 hari
c) Diabetes – 30 hari
d) Sembelit – 10 hari
e) Kanser – 180 hari
f) Tibi – 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
Friday, January 18, 2013
Tentang Aku : LANGKAH PERTAMA
Kenyataan sofea tentang aku : GEMUK! wanita yang beria-ia nak kuruskan badan! well, sebenarnya aku tak pernah bernawaitu ingin kuruskan badan, tapi aku tak nafikan yang aku selalu lah jugak berangan-angan hebat menjadi wanita kurus, cantik dan sihat...hehe tapi biasalah tiada siapa pun yang menggalak kan aku. Suami? dia tak kisah lah, sungguh! sepanjang berkahwin dengan dia tidak pernah sekali pun dia berkata "ma, tolonglah kuruskan badan!" Ish! tak pernah dengarlah....paling-paling teruk pun dia akan cakap, badan mama dah naik lah (itu pun sebab susah nak cari baju) atau pun dia sentuh perihal muka aku yang semakin kusam dan tidak bermaya...well, aku ni berkulit agak putih lah jugak (walaupun tak putihhh sgt cam anak cina) kuning langsat gitu..hehe jadi, kenyataannya apabila badan semakin naik, kulit aku semakin gelap, gelap dan gelap...adoyaiii...percayalah, aku pun menyampah nak tengok muka sendiri.
Apa yang membuatkan aku nak sangat kuruskan badan ni?
Mula-mula adalah seorang sepupu aku ni, dia seorang Chef yang bertauliah dan pakar dalam masakan yang sihat-sihat ni, korang kalau nak kenal sepupu aku yang handsome ni cer google 'pancing chef' ha..itu ler sepupu aku yang telah mem 'brain wash' aku setelah menilai sendiri melalui pandangan mata dia (seorang lelaki) yang melihat aku nak membawak diri pun payah, yelah dah 115kg, nak berjalan pun sudah tentu2 lah susah..memang la aku terasa sgt pedih sampai ke hulu hati ni dengan apa yg dia cakap..dia suruh aku bogel depan cermin n buat 3D, tengok sendiri lemak2 aku yang terkumpul tu dan goyang2kan..apa jadi? Dia cakap memang selamba, sebab dia dah banyak sangat menghadiri kursus-kursus motivasi dan layak menjadi motivater, akhirnya dia menjadi motivater aku..secara PERCUMA sahaja maknanya ia tidak berbayar (aku lagi mengada-ngada mintak duit dia lagi adalah) hehe..
Korang bayangkan ye, waktu dia suruh aku menghadap cermin tu, suami aku ada kat depan aku, korang tak rasa malu ke kat suami korang kalau kena camtu? laki aku pun tak pernah suruh goyang2 lemak depan cermin tau tak? time2 tu aku ada rasa nak flying kick aje kat sepupu aku ni, tapi aku rasa..kalau aku buat mcm tu, sampai kiamatlah badan aku ni tak berubah, jenjangan makin naik, naik and naik...so aku rasa mcm terpaksa diet, sebab apa? sebab sepupu aku ni yang suruh diet...
Seminggu lepas tu aku mmg on and off diet, tapi sepupu aku call dia tanya hari ni menu apa, pukul berapa makan dan lama-lama aku rasa tertake care lah pulak..mula-mula aku tipu gak cakap aku diet, pada hal harammm...melantak lagi...
suatu hari aku masak sedap-sedap dan sewaktu kami semua anak beranak nak makan, suami aku bertanya "amboi, seleranya mama tak diet ke?" aku pun cakap tak sedia lagi..akhirnya suami aku tu pun buka mulut.
"ma, kurus jangan lah sebab saya, sebab khyra boleh?" aku terdiam dan pandang muka Khyra.."kalau awak sakit, siapa nak jaga khyra, siapa nak jaga awak?" sambung suami aku lagi..masa ni air mata dah nak menitik dah, suami aku kalau bukak mulut je, mesti aku dah tak boleh tahan...
aku pandang muka Khyra, anak Istimewa aku..masa tu lah segala benda datang, sape yang nak jaga dia, dah lah tok nenek dia pun dia tak kenal sape..mcm mana nak jaga khyra kalau aku tak ada lagi, masa tu baru lah aku terfikir orang gemuk manalah boleh hidup lama, makin lama makin kurang oksigen dalam badan, semput-semput dan semua penyakit datang menyerbu masuk kedalam badan. Dalam aku nak nanges tu suami aku sambung lagi "kakak, adik, kalau mama kurus hidup kita semua berubah" masa tu aku terus nanges dan tak selera langsung nak makan.....
Korang nak tahu aku memang tak boleh berdiri lebih dari 3 minit, masak sambil duduk atas kerusi, mandi kena duduk atas kerusi malah nak berak pun kena ada tandas duduk..jadi korang bayangkanlah kepayahan aku ni...kalau berjalan-jalan pun kena ada anak pegang sebab lutut aku ni dah sakit sgt. Aku tak pernah dokong anak istimewa aku yang bongsu ni, dia ada down syndrome, memang dia comel tapi sayangnya kalau aku nak peluk dan dokong dia, aku kenalah duduk..kakak khyra yang ku panggil Damia juga tak pernah rasa kena dokong..Jadi kesimpulannya kata-kata suami aku yang TAK PERNAH menegur kegemukkan aku ni sangat menyentuh hati yang paling dalam :(
Khyra and papa..this two person made me as I am today :)
Jadi korang mesti dapat mengetahui kenapa aku mulakan langkah pertama iaitu KENAPA aku nak kuruskan badan? sebabnya GALAKAN dari orang-orang yang kita sangat perlukan..TERIMA KASIH pada sepupu aku yang menyedarkan aku dan TERIMA KASIH jua pada suami dan anak-anak tersayang. Aku nak jaga anak-anak aku sehingga keakhirnya, aku nak tengok anak-anak aku berkahwin, bercucu dan bercicit..aku nak jaga Khyra, anak istimewa aku ini....di entry lain nanti korang bacalah step-step aku
"KALAU MAMA SAKIT, SIAPA NAK JAGA KHYRA?" :(
Gemuknya Aku!!!
Pergh!! Korang kalau tengok gambar ni aku bet mesti korang kagum tahap super tentang kegemukkan aku yang melampaui batasan, maklum le anak 4, tu standard...itu biasa orang cakap, tapi bila umur baru awal 30an, walaupun anak dah 4 tapi berat badan 115kg, tu standard ke? eh! apa pasal mak aku anak 5 berat badan 50kg pun tak sampai? conpius mak jemah...
Okay biar aku terangkan, seumur hidup aku mmg tak pernah touching pun berat badan ideal, masa zaman2 bercinta dulu pun berat aku dalam 78kg mcm tu...berat..memang berat, tapi boyfriend dah cinta so dia nakkkk jugak and ajak aku kawen, masa tempoh tunang dulu, dapatlah berdiet sekejap, itupun main2 je sebab dah ada org gilakan kitakan, so peduli apa tentang nak kurus2 kan badan ni. berat badan hanya 75kg masa naik pelamin, lepas kawen je maka segala diet mendiet dan perbuatan nak menguruskan badan aku ni telah jauh tersasar daripada hidup aku atau dalam kata lain nawaitu aku nak menguruskan badan ni memang tak adalah.. dari tahun ke tahun, anak makin bertambah dan umur pun makin meningkat aku perhatikan yang tahap kesihatan aku semakin merosot, kalau dulu satu bakul durian aku hadap jgn kata demam, berpeluh pun tidak, tetapi sekarang, makan 3ulas durian je aku dah pening kepala, lepas tu dah macam2 penyakit hinggap kat badan, dari darah tinggi, angin penuh satu badan and yang paling best aku alami alahan yg teruk, tak leh makan seafood sikit, abes gegata satu badan, lama jugak lah aku bergantung pada ubat. Itu baru sikit, bila aku dah berjalan macam itik pulang petang, terkedek-kedek, aku sendiri rasa tak selesa, tengok muka sendiri pun rasa menyampah, yelah, wajah kusam tak bermaya..mana lah nak bermaya, sebab serba serbi aku tak jaga..main bohh je..lebih2 lagi suami tak pernah menegur, dia memanjang OK je..pelik aku
Aku memang suka makan makanan segera ni, seminggu aku memang kena makan 2-3kali, kalau tak aku rasa mcm lost something. husband aku pulak, dia punye perangai bila aku merajuk je, dia belikan ajelah makanan segera kegemaran aku tu mesti settle punya..aku tak peduli lah perang ke, boikot ke yang penting makanan tu mesti masuk dalam perut aku ni. kalau tak pekena kentang goreng dia tu, merapu aje perangai aku..ish! pelik betul lah..perkara ni melarat-larat sampai aku sendiri tak sedar ntah berapa kilo lah agaknya berat badan aku. seluar mengandung anak no 3 dah jadi seluar harian aku, jeans dah ketat tapi aku tetap buat2 tak sedau diri..huhu apalah nak jadi...
sekejap lagi aku citerlah pada korang apa yang akhirnya membuatkan aku nak kuruskan badan dengan nekad tapi sebelum tu korang layanlah gambo2 kejatuhan Majapahit aku ni dulu ya..hehehe
31st October 2012 - 115kg (ni sebenarnya screen shoot dari you tube video, nanti aku upload lah ye)
115kg October 2012
2 minggu diet - 110kg
(masa ni aku dah perasan kurus sgt dah, tu yg jadi bukan main posing tuh..)
Actually, tak ada beza apa pun..just 5kg je, tapi sesetengah orang, turun 5kg dah nak nampak sangat perubahannya. Aku? honestly aku dah turun 18kg as per todate, tapi org tak nampak langsung..huhu yelah sebab aku dah kategori Morbid Obesity....
So before aku diet tu, aku memang terlupa nak ambil gambar, aku just ambil video je, so video je yang aku ada. Lepas 2 minggu, aku turun 5 kg so tinggal 110kg, memang cepat dan aku rasa lebih BERSEMANGAT giler.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)


.jpg)



.png)
