Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Aku tahu 'bahagia' yang menanti
Showing posts with label Gemuk Vs Kurus. Show all posts
Showing posts with label Gemuk Vs Kurus. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

December 2012 yang penuh erti :)

Aku memang kuat semangat nak kurus, bagi aku this is the time, dah lama sangat dah lemak2 ni bermaharajalela dalam badan aku, kalau tidak, tak kan lah berat badan aku sampai mencecah 115kg dengan kependek kan aku just 155 cm je ni..huhu..
Kepada yang dah tahu, aku memang tak boleh berjalan sangat, jalan 5-10 langkah, aku kena duduk, makan duduk, masak duduk dan mandi pun kena duduk, dirumah aku ada 2 buah kerusi plastik yg aku satukan (supaya kukuh dan tak patah) untuk aku duduk dan membuat kerja2 rumah, maksudnya aku buat kerja sambil duduk dikerusi..nampak tak masalah aku ni? huhu

Aku tak pernah sapu sampah rumah, aku tak pernah nak buat kerja2 berat atas sebab keberatan badan aku ni, semua kerja pun diambil alih oleh anak dara aku yg ketika itu baru berumur 9tahun, kalau cerita pasal dia, memang boleh menangis beb, sebabnya masa zaman kejatuhan Majapahit (hehe..) tu, segala urusan rumahtangga diserahkan kepada dia, aku nak dokong anak pun tak boleh, kalau teringin sangat nak dokong Khyra atau Mia, aku kena duduk dan dokong, pastu penat tercungap2..adoyaiii kesian kat aku nih..stresss jer..

Okay berbalik kepada perjalanan aku nak ke kurus tadi, bila berat badan aku dah turun sikit dari 115 ke 105.5 aku dah rasa fit sikit, maka start lah fasa baru kehidupan aku iaitu, bermain-main dan bermanja-manja di gym.. wooo ini part yg paling best aku nak citer kat korang...Jom layan gambar dulu..huhu

Ini lah Gym yang paling aku sayang World Fitness Gym, kat sinilah rumah ke 2 aku. Datang sini aku dah turun banyak kilo beb

Ada hari-hari aku terpaksa bawak anak, sebab schedule selalu bertukar, biasalah aku lah driver, akulah tukang masak, bibik, so semua aku uruskan sendiri, jadinya ada waktu2 tertentu aku terpaksa lah 'hangkut' anak2 ke gym, aku memang tak peduli lah orang pandang, mat2 body builder tu tengok sambil senyum2, dahlah badan macam gaban, duduk jaga anak kat umah ajelah kak oiii..(agaknya mcm tu lah dia org ckp kat aku) Tapi aku peduli apa, sebab yang sihat nya adalah AKU...

Masa ni Khyra dah bosan agaknya, melalak je dia kuat pulak tu, so terpaksa lah aku sambil berbasikal sambil dokong dan agah2 dia..sampai dia ketawa..sabau ajelah 

Biasanya kalau bawak anak, masa aku ber kardio tak sampai sejam pun, tapi aku kena pastikan yang senaman aku tu berkualiti..kalau tak membazir usaha, masa dan tenaga..lagi satu membazir duit minyak jugak..huhu
Bila dah selalu ke gym, berkardio dan angkat berat sikit-sikit, sudah tentulah ada perubahan..kalau tak membazir duit ajelah kalau pergi ke gym, jadi setiap kali naik kepenimbang, alhamdulillah jarang sekali aku kecewa, semuanya senyummm je..jom kita layan sikit proses2 penurunan aku ni ya :)

Seminggu bermanja2 di gym berat aku turun dari 105.5 kepada 103..Alhamdulillah 

So daripada 115kg ke 103 korang nampak tak perbezaannya, hampir 12kg lah. Masa ni lagi 2 minggu nak new year, pertengahan bulan 12 macam tu dan aku nekad sehingga New Year 2013, aku nak buang terus angka 100 tu dalam hidup aku. So usaha kena lebih dan istiqamah..Aku mesti dapat apa yang aku nak..hihi sebab tu aku usaha dan terus usaha.. Sebab PERCAYA lah, hanya usaha yang kuat, gigih dan bersungguh-sungguh, pasti akan membuahkan kejayaan

Pergh!! korang nampak macam mudah beb, tapi nak kurus kalau ada sedikit ilmu..PERCAYALAH!! memang mudah. Tahniah kepada aku..hihi


Jadi bermula lah perjalanan 90an aku bagi tahun 2013 ini...korang mesti nak tahu lagi kan, tapi sebelum tu, kita layan lah dulu zaman2 kejatuhan Sultan Sulu aku ni..hahaha....


Perasan kurus aku masa ni, padahal baru turun 4kilo macam tu..dah terpoyo jap macam Maya Karin..hukhuk

Hari Raya makanlah apa sahaja...best giler masa berjalan semput sahaja..memang terbaekk nafsu aku ni..

Ini baru turun dalam 12kg macam tu..so sebagai kenangan dan motivasi untuk diri sendiri.



Friday, January 18, 2013

Gemuknya Aku!!!

Pergh!! Korang kalau tengok gambar ni aku bet mesti korang kagum tahap super tentang kegemukkan aku yang melampaui batasan, maklum le anak 4, tu standard...itu biasa orang cakap, tapi bila umur baru awal 30an, walaupun anak dah 4 tapi berat badan 115kg, tu standard ke? eh! apa pasal mak aku anak 5 berat badan 50kg pun tak sampai? conpius mak jemah...
Okay biar aku terangkan, seumur hidup aku mmg tak pernah touching pun berat badan ideal, masa zaman2 bercinta dulu pun berat aku dalam 78kg mcm tu...berat..memang berat, tapi boyfriend dah cinta so dia nakkkk jugak and ajak aku kawen, masa tempoh tunang dulu, dapatlah berdiet sekejap, itupun main2 je sebab dah ada org gilakan kitakan, so peduli apa tentang nak kurus2 kan badan ni.  berat badan hanya 75kg masa naik pelamin, lepas kawen je maka segala diet mendiet dan perbuatan nak menguruskan badan aku ni telah jauh tersasar daripada hidup aku atau dalam kata lain nawaitu aku nak menguruskan badan ni memang tak adalah.. dari tahun ke tahun, anak makin  bertambah dan umur pun makin meningkat aku perhatikan yang tahap kesihatan aku semakin merosot, kalau dulu satu bakul durian aku hadap jgn kata demam, berpeluh pun tidak, tetapi sekarang, makan 3ulas durian je aku dah pening kepala, lepas tu dah macam2 penyakit hinggap kat badan, dari darah tinggi, angin penuh satu badan and yang paling best aku alami alahan yg teruk, tak leh makan seafood sikit, abes gegata satu badan, lama jugak lah aku bergantung pada ubat. Itu baru sikit, bila aku dah berjalan macam itik pulang petang, terkedek-kedek, aku sendiri rasa tak selesa, tengok muka sendiri pun rasa menyampah, yelah, wajah kusam tak bermaya..mana lah nak bermaya, sebab serba serbi aku tak jaga..main bohh je..lebih2 lagi suami tak pernah menegur, dia memanjang OK je..pelik aku

Aku memang suka makan makanan segera ni, seminggu aku memang kena makan 2-3kali, kalau tak aku rasa mcm lost something. husband aku pulak, dia punye perangai bila aku merajuk je, dia belikan ajelah makanan segera kegemaran aku tu mesti settle punya..aku tak peduli lah perang ke, boikot ke yang penting makanan tu mesti masuk dalam perut aku ni. kalau tak pekena kentang goreng dia tu, merapu aje perangai aku..ish! pelik betul lah..perkara ni melarat-larat sampai aku sendiri tak sedar ntah berapa kilo lah agaknya berat badan aku. seluar mengandung anak no 3 dah jadi seluar harian aku, jeans dah ketat tapi aku tetap buat2 tak sedau diri..huhu apalah nak jadi... 
sekejap lagi aku citerlah pada korang apa yang akhirnya membuatkan aku nak kuruskan badan dengan nekad tapi sebelum tu korang layanlah gambo2 kejatuhan Majapahit aku ni dulu ya..hehehe

31st October 2012 - 115kg (ni sebenarnya screen shoot dari you tube video, nanti aku upload lah ye)  

LIKE page kami di facebook Story Of Us :)


115kg October 2012
2 minggu diet - 110kg 
(masa ni aku dah perasan kurus sgt dah, tu yg jadi bukan main posing tuh..)

Actually, tak ada beza apa pun..just 5kg je, tapi sesetengah orang, turun 5kg dah nak nampak sangat perubahannya. Aku? honestly aku dah turun 18kg as per todate, tapi org tak nampak langsung..huhu yelah sebab aku dah kategori Morbid Obesity....
So before aku diet tu, aku memang terlupa nak ambil gambar, aku just ambil video je, so video je yang aku ada. Lepas 2 minggu, aku turun 5 kg so tinggal 110kg, memang cepat dan aku rasa lebih BERSEMANGAT giler.