Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Sunday, March 23, 2014

24/3/2014 - Puasa Isnin

Puasa Sunat hari ini, bukan sebab nak kuruskan badan ye..nawaitu kena pasak betul2. Nanti buat apa pun Allah tak redha, tak menjadi. Puasa sebab Allah, kerana Allah sangat suka kepada hambanya yang sering berpuasa..Jadi kalau boleh aku minta pada mu ya Allah, istiqamah kan lah aku untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. 

Selain daripada itu makna PUASA itu sendiri adalah MENAHAN DIRI DARIPADA LAPAR. So, kebetulan itulah cara yang paling mudah untuk menahan diri daripada godaan makanan ni.

Aku sudah minta kembali pada penciptaku bahawa AKU INGIN KURUS KERANA....

1) Sakit lutot aku ni dah lama, well kalau berat aku capai 100 kg je, confirm susah nak berjalan. dulu memang dah biasa keluar masuk hospital sebab masalah kepala lutot ni, so aku mohon pada Allah, aku ni solat duduk, kalau kurus senang lah sikit nak solat, mungkin aku dapat kembali solat berdiri..Inshaa Allah Ammin..ALLAH jualah yang menilai niat aku..

2) Sihat untuk anak. korang pun tau kan aku ada anak istimewa, memang dari dulu pun nak kurus sebab nak sihat dan nak jaga dia dengan baik.. Inshaa Allah kali ini lebih baik

3) Tak MAHU jadi PEMALAS - GEMUK itu MALAS

4) Senang sikit cari baju. Aku ni tiap kali cari baju, menyusahkan semua orang, dari suami yang membayar sehinggalah promoter baju huhuhu...pening..pening..baju ni tak muat, yg tu tak muat dah muat tak berkenan pulak. macam-macam perangai

Jadi bernekad lah kita untuk tidak menyusahkan orang lain disebab kan kegemukan kita ni hihihi..yang penting matlamat kali ini bukan untuk 'kurus dengan cepat' tetapi :


ENJOY LIFE AND HAVE FUN!! YeaYYY





Menu Berbuka Hari Ini


Heaven tak? heheh buat Atkins untuk 2 minggu, tengok lah camne result nanti, menu untuk inductions ni makan lauk pauk je (Kecuali sotong dan kerang kerangan) skip yang manis2 termasuk buah-buahan serta Low Carb.. Inshaa Allah, boleh :)

So air kena qada' 3-4 liter lah, seperti biasa.. so esok aku upload lagi gambar untuk korang tgk ya..menu breakfast / lunch / dinner aku

Aku ni mudah je, makan untuk kenyang..tak payah nak detail sangat..Janji tak terkeluar daripada syarat2 Atkins untuk tempoh induksi ni...YES!! KITA BOLEH!!!

BEFORE SLEEP GUYS!! Renung2 kan lah dan selamat termenung!! :)





No comments:

Post a Comment