Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Aku tahu 'bahagia' yang menanti

INFO SIHAT



21 Tips Diet Yang Berkesan

Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.



Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.

Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak. 

Alasanya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah  dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu  lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.

Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.



Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang  sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.

Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh. 

Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.

Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.

Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.


Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.

Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.





Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja. 
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini. 

Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
  • Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. 
  • Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.  
  • Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. 
  • Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.

Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan. 

Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.     

Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan  secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.



Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda  mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.

Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.




Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.


Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.

Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan. 

Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.

Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh  tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian. 

Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari. 




Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.

Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan. 

Alasannya? - Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.


Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik  diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.






DIET BERKESAN CARA RASULULLAH SAW




KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda.

Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).
Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.
Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.

Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan, penting untuk elak ‘osteoporosis’. Susu juga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D. Susu lembu mempunyai 87 peratus air dan 13 peratus pepejal.
Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.” (Surah An-Nahl, ayat 66)

Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.

Firman Allah bermaksud: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” (Surah Maryam, ayat 25)
Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.

Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink). Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.
Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.
Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”
Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.
Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.


ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.
Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”
Teruskan bersama  Story Of Us





SOALAN :
Saya dah ambil pelbagai ubat serta produk2 pelangsingan..tetapi turun hanya sedikit...lepas tu langsung tak turun2 lagi, kemudian saya bertukar ke produk yg lain pula, tetapi keputusannya tetap sama.

Apakah yg berlaku pada saya? perlukah saya menukar produk yang lain pula? 

Jawapan : Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai obesiti atau naik berat badan. Obesiti atau kegemukkan adalah berpunca dari tabiat pemakanan dan gaya hidup manusia, dan apabila anda ingin menurunkan berat badan, ianya akan berpatah balik kpd 'sikap asal' anda iaitu 1) Ubah Tabiat pemakanan 2) Ubah Gaya hidup

Punca utama badan tak turun2 walaupun telah mengambil pelbagai produk pelangsingan adalah kebergantungan diri anda sendiri terhadap produk pelangsingan tersebut tanpa berusaha untuk memastikan anda sepatutnya menjaga pemakanan, menilai kalori makanan anda dan mengikut serta mendengar secara membuta tuli terhadap iklan2 seperti contoh : "kurus dalam masa 3 hari" ATAU "7 hari 10kilo" seolah2 produk tersebut mempunyai kuasa magic yang boleh menghapuskan lemak2 yg tertanam dibadan anda selama bertahun-tahun. Ia diikuti juga dgn perasaan "ingin cepat kurus" membuatkan anda terus mempercayai apa sahaja yg diperkatakan tanpa membuat penilaian rasional. Nasihat peribadi saya adalah : Walaupun anda ingin MENGAMBIL PRODUK PELANGSINGAN, anda juga WAJIB menjaga pemakanan, bersenam dan menilai kalori anda.. KENAPA? Ini adalah kerana, TIADA jalan pintas untuk membakar lemak dan mengurangkan berat badan...kerana begitulah kehidupan kita yang diciptakan oleh ALLAH, segala-galanya memerlukan USAHA utk mencapai kejayaan. Bertemulah sendiri dgn testimoni2 yg berjaya, adakah mereka hanya bergantung 100% pd produk tanpa berbuat apa2...fikir lah secara logik dan rasional.





Soalan :

Saya nak turunkan berat badan, apa perlu saya buat? apakah langkah pertama saya?

SEBELUM saya memberikan JAWAPAN secara panjang lebar, saya ingin sentuh sedikit mengenai pengetahuan diri kita terhadap sesuatu, disebabkan kita terlalu memanjakan tubuh badan dengan makanan yang sedap dan enak2 belaka, untuk membuangkan kembali lemak2 yg berada didalam badan, anda WAJIBmengetahui teknik dan cara yg betul supaya DIET yang anda lakukan ini TIDAK lah secara membuta tuli atau dalam kata lain anda perlu mengetahui APA YANG ANDA LAKUKAN..simple kan?

Jawapan :
Berikut adalah langkah-langkah untuk memulakan ‘diet baru’, khas buat mereka yang SERIUS turunkan berat badan:

1) Tentukan dimana anda berada sekarang, adakah anda ini seorang yg ala2 gemuk (overweight) atau gemukk (obese) atau super duper obese (morbid obesity) dapatkan berat badan ideal dengan pengiraan Body Mass Index (BMI). BMI Normal adalah diantara 18-25, Underweight jika kurang daripada 18, Overweight 25-30, dan Obese jika melebihi 30. kalau 40 keatas itu dah super duper obese. Kalau anda berasa SUSAH lah sangat nak mengetahui berat badan ideal, bmi terkini, ketinggian..saya cadangkan pergi sahaja ke klinik atau farmasi yg menyediakan perkhidmatan.. INGAT! perkara ini sangat PERLU supaya anda senang nak MENGETAHUI nilai kalori yang anda MAKAN

2) Anda WAJIB tahu berapa kalori yang diperlukan oleh anda setiap hari, ini sangat2 PENTING untuk anda mengawal makanan, supaya apa yang anda makan itu tidak melebihi jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda. Bagaimana nak kira kalori? Boleh tengok sini 



3)Rancang makanan anda, apa yg patut anda makan nilaikan kalori kalau boleh buatlah jadual..Jgn main pakai hentam sahaja.kalau kita sanggup memandu jauh berbatu batu utk mendapatkan makanan kegemaran, apa salahnya buat jadual makanan harian kita supaya apa yg kita rancangkan menjadi KENYATAAN

4) Beri waktu pada diri, JANGAN nak PUSH dan CEPAT sahaja. Ini lah masalah org2 yg bermasalah, makan nak sedap, nak banyak, kurus nak cepat...berilah masa kpd anda, jgn stress, ENJOY sahaja ok

5) JGN lupa, minum air 4 liter...ini WAJIB

GOOD LUCK to friends Story of us








TIPS : Untuk memastikan kejayaan dalam menurunkan berat, kita perlu makan makanan berkhasiat untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam dan juga perlu makan mengikut waktunya. Tapi ada sesetengah orang rasa lapar sebelum waktu makan, contoh lapar pada pukul 10-11am dan pukul 4-5pm. Tahukah anda mula2 rasa lapar ialah tanda badan kita kurang air? Jadi bila dah mula lapar, ada yg terus cari biskut, kuih dan snek, sedangkan badan perlukan segelas dua air je. Cuba minum air dulu, kemudian jika masih lapar barulah ambil sedikit snek sihat utk 'lapik' perut sementara tunggu waktu makan seterusnya.

No comments:

Post a Comment