Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Thursday, May 23, 2013

Bila 'anak' mengurus rumahtangga - Gambar tidak pernah MENIPU

Maaf kan mama sayang, mama memang 'kejam' pada kamu..Mama tak berupaya nak duduk dengan sempurna pun sampai nak mandikan adik kamu yang istimewa itu pun kamu yang bantu.

Puteri Dania, zaman kanak-kanak dia mungkin tidak seperti kanak2 yang lain, balik dari sekolah dia perlu mengambil alih tanggung jawab menjaga adik2, kemas rumah dan sebagainya..kadang2 bila time nak exam, aku akan call cleaner service utk kemas rumah aku..Sebabnya??

Sebab Aku TIDAK MAMPU utk membuat semua tu....memang sedih betul hidup aku ni.

Pagi2 sebelum kesekolah, dia akan pastikan susu baby (Mia N Khyra) telah tersedia, sebab kalau susu tak siap..aku akan mengamuk sebab ganggu masa tidur aku. Orang gemuk manalah boleh tidur lena, kadang2 jam 4pagi masih belum boleh tidur..Ianya menakutkan.. Puas pejam2 mata, layan buku, layan astro..tapi jangan harap boleh lena..
hormon badan dah tunggang terbalik, jadi 'tidur lena atau tidur awal' tak ada dalam kamus aku ni

Gambar dibawah ini adalah contoh terbaik bahawa aku tidak menipu kamu rakan2 maya yg dtg bertandang di blog aku ni..aku memang tidak berupaya nak mandikan anak sendiri..Semuanya Dania yang buat..Dia pandai sapu sampah seawal usia 6tahun, masak nasi umur 8tahun, goreng ikan, goreng telur, goreng ayam masa berumur 9tahun..nasi goreng pun dia pandai masak..

Kesimpulannya, dia matang dan dewasa dari usia sebenar..Sangat2 sedih dia tidak pandai berbasikal sehinggalah aku memaksanya naik basikal bila usianya 9tahun. kerana dia nak naik basikal dan bermain pun tak ada masa, masanya jaga adik2 je, adik nanges dia dokong dan buatkan susu. Adik berak dia cebuk, mandikan baby pendek kata, siapa nak jadikan dia isteri..memang anak aku ni 'sangat mewah' dengan pengalaman menjaga baby dan sangat cekap didapur...

Aku dan dia sering diperli bila dia dikatakan sering menjaga adik, dia diam aje..kalau sepupunya bermain, dia kena jaga adik..Tapi sekarang, bila aku dah fit sikit ni..aku kembalikan segala zaman2 kanak kpd dia..tapi nampaknya dia dah terbiasa..

Adik adalah Keutamaannya.. Sayang Dania, pengorbananmu tak terbalas nak..Ampun kan mama :(




Inilah anak ku tersayang, yang banyak berkorban utk ku..Puteri Dania

Aku jamin anak dara korang pun belum tentu berani nak mandikan baby, masa ni khyra baru 6bulan





Aku snap gambar ni sebab aku perhatikan Khyra asyik pandangggg je muka kakaknya semasa mandikan dia..aku rasa dia mcm tahu aje, jenjangan dia cakap "Kesian kakak aku ni, besar pengorbananmu"



Lepas mandi, posing kejap..dokong baby pun dia pandai



Pakai kan pampers dan baju baby


Tara!!! Dah siap mama...siap pakai stokin lagi tuuu


Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Dania yang ku panggil kakak tidak mampu utk ku balas..aku hanya mampu berdoa kesejahteraannya dunia dan akhirat...

Perit jadi orang gemuk ni, ramai yg terpaksa berkorban dan terkorban, jadi nasihat aku..jangan patah semangat..Jangan jadi orang GEMUK..JANGAN...JANGAN...kasihan lah dengan diri sendiri..Kalau tak diri yang kasihan..siapa lagi? 


No comments:

Post a Comment