Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Wednesday, May 15, 2013

Menu Sihat Ciptaan ku

Menu Sihat, sedap yang penting murah dan menyelerakan. Orang cakap makanan orang diet ni tak adalah sedap sangat, asyik2 sup, rebus, sup, rebus tak ada benda lain. Well, memang betul tu kalau ilmu masak memasak dan kira kalori dalam badan sendiri pun tak tahu. Tapi alhamdulillah, berkat kerja google mengogle dan ilmu daripada beberapa rakan2 yang telah berjaya daripada kejatuhan dinasty mereka dapatlah aku belajar sikit2..

Memula tu aku pun sama gak macam korang semua, sup dan rebus2 sahaja, tapi yang pelik aku tak muak pulak sebab dalam seminggu tu, aku tukar2 lah menu. Bila badan dah cecah 95kg barulah aku berani makan yang best2 sikit tetapi still tak terkeluar dari DCR (Daily Requirement Calorie) badan aku ni.

Tapi sebelum tu aku nak bagi tahu yang aku selalu tukar plan diet aku, antara diet yang pernah aku buat adalah low calorie diet, high protein diet, atkins diet, inferno diet, macam2..aku tukar2 selama 2 minggu. Tak buat lama2 sebab aku memang suka tipu sistem badan, so susah lah sikit nak kena plateau. Tapi kalau nak kena gak, so aku relax ajelah..

Antara menu yang selalu aku masak macam dalam gambar dibawah ni lah :-

TomYam Ayam & Sayur sayuran

 Stim Fish with vege, korang dah tak nampak ikan sebab dah tertutup

Salad

Sohun with scramble egg

Menu breakfast

Sayur lagi - apa lagi daaa kalau tak sayur sayur n sayur

Tea Time : Kacang dal, makan sikit je jgn pulun sampai abes

Dinner : Tuna salad wrapped


Sambal ikan bilis, bayam rebus n telur rebus tanpa kuning (ada brann?)

MENU ATKINS DIET

Macam yang pernah aku beritahu korang, aku pernah mengamalkan Atkins Diet ni dan ianya ternyata berkesan jugaklah, tetapi aku amalkan tak lama dalam 2 minggu ajelah sebabnya bila kita terlalu rajin sangat 'mengoggle' akan terbaca juga lah keburukan sistem high protein ni, so kesimpulannya..., nak buat boleh kalau teringin nak makan banyak tetapi jangan lama2..sebab Atikns Diet mengetepikan langsung hak2 KARBOHIDRAT dalam badan dan protein yang tinggi..so badan pun dah jadi kurang bertenaga.

2 minggu buat pun banyak kilo jugak lah aku turun, dalam 7 kilo macam tu, tapi gym aku tak tinggal, sebab kekurangan punca karbohidrat yang membekalkan tenaga dalam badan, aku jadi pancit sikitlah..tapi badan mmg boleh turun dan korang boleh melantak apa sahaja termasuk cheese kegemaran aku tu asalkan BUKAN karbohidrat 

Ikan tongkol masak kari + taugeh goreng 

 Salad with bacon and cheese - breakfast tau!

Ni makan kat luar so makan telur goreng, ikan goreng dan hati ayam goreng..amboiiii goreng sesaja Atkins Diet ni huhu

Sausage rebus

Nampak tak betapa heaven nye diet atkins ni, makan apa sahaja yg korang suka janji tiada karbohidrat termasuk lah karbo yg tersembunyi..nak try boleh tapi korang kena bersedia lah dari fizikal dan mental okay sebab kalau termakan karbo yg tersembunyi (contoh kuah asam pedas yg dibubuh gula) makanya diet tu jadi fail lah pulak. satu hari karbo tidak boleh melebihi 10mg..amboii penat mengira..huhu

DIET CARA RASULULLAH SAW

Dalam banyak2 diet yang aku amalkan, Diet Rasulullah jugalah yang terbaik. First no stress, turun smooth je,sampai satu tahap aku jadi macam..aku buat kerja aku je...Diet Rasulullah ni bukan setakat menu je yang aku amalkan tetapi termasuk adab dan petua2 nya sekali. Aku tak makan lauk banyak2 makan satu jenis je, aku juga tak pergi makan buffet, sebab rasulullah menggalak kan kita makan lauk yg dekat dengan kita..so aku tak ada masalah, makanan pun senang cari.. kambing, susu, buah kurma, makanan berserat semuanya adalah menu rasul yg kita cintai ini..



Tuna Salad - Diet popular bagi masyarakat china wrap dalam daun salad yg besar


Rasul kita suka dengan makan campuran karbo + protein, lentil atau kacang dal adalah campuran protein dan dal, sedap..korang masak lah apapun janji sedapp


Okay dalam next episod, kita tengok proses penurunan dari seisi timbang menimbang pula ya :)


No comments:

Post a Comment