Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Thursday, June 6, 2013

Cabaran iSihat & Kevin Zahri - Minggu Ke 5 yang ku rindukan!!

Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu aku ucapkan bila akhirnya aku berjaya kurangkan 3++ kilo dalam tempoh seminggu...memang ohsem gitu!

Secara purata sejak aku join I Sihat ni, dalam 5 minggu aku berjaya kurangkan 5kg gitu, tapi ada yang lebih daripada aku ni, ada yang 4 minggu berbelas-belas kg turun tu..tapi aku dah pernah merasainya berbulan-bulan yang lepas so..tak apa, aku perlu faham bahawa yang berada dalam badan aku ni tepu-tepu belaka..ingat nak hilangkan segala tepu-tepuan ni main kelip-kelip mata aje ke...mungkin tidak...

Masa join, sumpah tak ada nawaitu langsung nak menang...hihi betul, dalam kepala hotak aku ni asyik fikir mcm mana nak lagi kurus, lagi kurus, itu sahaja..so, competition ni platform sahaja...yang paling penting aku boleh kurus..kalah menang no 80..hahaha :D

Bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong maka seisi jungle tracking pun bermula..sumpah, tidak ku sangka di Hutan Batu Kuala Lumpur, terdapat ditengah-tengahnya flora dan fauna yang sungguh mendamaikan...siap ada sungai yang mengalir...terkesima aku dengan ciptaan Allah ini..semoga hutan ini terus kekal berada di tempatnya. Janganlah pulak nanti ada pihak2 yang tamak dan haloba merosak kan hutan tunggal yg ada di Kuala Lumpur ni..

Layannnnn.......

Okay memang peel aku lah agaknya yang tak suka nak susun2 gambar ni..korang layanlah dengan kreativiti korang sendiri, barulah trill kan..hihihi..first, belum aku bukak kasut naik ke penimbang, cikgu KZ dah tanya aku mcm2..are you okay? 
Patut ke aku jawab...m okay darling...hahaha....

Senyum! tak perlu kata apa-apa :p

Perjalanan ke hutan pun bermula...


Before jungle tracking, tanam pokok dulu... Inilah Pokok pertamaku yang aku tanam, aku namakan nya..pokok I Sihat, U Sakit ke? huhuhu


Berkobar-kobar nak menanam pokok..








Pokok sebesar kangkangan..sorry eh, tak boleh lompat, mau tersadong perut..kena langkah, diulangi...langkah hihihi

Apabila photographer dikeliling kita sentiasa, maka inilah jadinya! yeeeehaaaa!!



Abang cameraman suh kami lompat tau!

Kalau korang tengok muka aku dah lain mcm tu..ha tandanya memang dah penat gilos le tu..




Penat dah tak tercakap..huhu

Dok mengumpat kisah 'last week' yang muntah2..girls...







warming out dulu before aksi menanam pokok dan jungle tracking...




Kevin : are you okay honey?.. Me : m okay daling..hahahaha (PoYo)




Monday, May 27, 2013

Cabaran Sihat -Minggu ke 4 yang 'menyedihkan'

Huuaaaaaaa...... memang sedih giler lah minggu ke 4 ni, first berat badan aku naik 2kilo lah pulak, mungkin aku push so hard on training, coach di gym suruh aku relax dulu hari jumaat, jgn nak angkat2 berat ni, muscle aku tengah naik, katanya..tapi aku degil..
Entah berat lemak atau berat muscle aku pun dah confius..tapi sebab aku dah tahu so tak tertekan lah sangat..huhu

Yang buat aku kecewa, bukan sahaja aku tak dapat nak menghabiskan seisi booth camp hari tu malah tidak memulakan nya langsung...sebabnya..masa acara 'punishment' tu aku muntah2 teruk, pening gilos dan rasa hampir nak pengsan...mau tidaknya, punya lah 'brutal' denda yang aku kena, well semua pun kena warm out benda yg sama tapi sebab agaknya aku memang dah tertulis di loh mahfuz yang aku akan muntah2 hari tu..so  beb, jangan cakap lah...minum muntah, minum muntah, sampai satu tahap..dah tak ada apa nak dimuntahkan lagi..coach (askar tuh..) tu bagi tahu kami yg duduk di group D ni, mereka dah biasa dilatih tubi mcm tu, dan part yg guling2 pocong tu ada kes sampai muntah hijau...makkk aiii...aku yang sampai tak ada apa nak keluar dari tekak ni nak kategorikan sebagai muntah apa ekk??

Fuhhhh....Layann dulu lah apa yang membuatkan aku muntah tahap tak ada kategori...huhu


Note to myself : ha, itu lah suka sangat, kan dah muntah, sampai keluar ayak mata...huaaaaa :)


Aku tibai gambar ni daripada facebook org kuat utusan karya, Cik Syarliz yang cute...cantik pulak dia upload ala2 instagram gitu..tapi yang tak tahannya aku plak terpendek disitu..huhu




Itu lah aku yg tergolek-golek macam ayam golek, serius kepala aku dah pening akhirnya badan aku dah tergolek sendiri..aku rasa penyakit darah tinggi aku tetiba menyerang, dah lah cuaca panas terik..mana lah tak muntah, serik beb..

aku yang terlantar dihujung sana...huhu aku tahu itu lah aku beb, sebab aku rasa mcm dah nak putus nyawa dah...


Serious aku serik!! ada rasa nak tarik diri dalam program ni pun ada..aku dah hampir2 nak bagitau kat suami biar dia call cik syarliz mintak aku tarik diri..sebab aku ni memang lembik dan dari dulu pun memang banyak penyakit on off, so agak risau lah sikit..tapi dalam serik2 tu, keras kepala aku datang..hihi..so terpaksa tukar plan diet lah minggu ni..

Aku berjanji dengan diri aku ni yang penting berjanji sepenuh hati untuk tak terjunam dalam group D lagi..kalau ada group E minggu depan..abes lah aku..huhu baik tarik diri n fokus kat gym lah..invest banyak2 (bagi aku la) kalau tak ada perubahan dalam program ni, baik tak yah..buang masa, betul tak?

Maka plan B pun bermula...huhuhu..layannnnzzz....

Korang click sini dulu untuk menonton 'perjanjian dengan diri'

Kalau korang dah klik dan dah tengok video yang tak berapa nak ori tu, aku mulakan diet baru hari Isnin, sebabnya hari sabtu dan ahad, aku memang tak berapa sihat..aku tak kira sangat kalori intake, makan pun tak selera..tapi pelik selera datang waktu malam lah pulak..sabtu dan ahad Ibu Jari tunjuk bawah lah nampaknya...huhu

Hopefully this week adalah peningkatan sikit..mesti wajib turun...kalau naik lagi, jom masuk gaung!!

See you in the next entry!! :)

Jom layan dulu gambar2 sebelum daku bermandi muntah dan di angkut oleh suami balik kerumah...huaaaaaaa cedeyyy



Wajah2 Group D, yang bukan sahaja statik tak turun2 malah naik pulak 2 kilo lagi...mana tak kena denda..

Serious....aku rasa nak pitam masa ni, bukan diriku yang menggolek kan badan ku lagi..huhu

Belum start booth camp, dah penat tahap gaban... (aku lerrr)

heart bit aku dah kencang sangat masa ni, tapi aku 'push' syukur pada Allah..bernafas sampai hari ini..huhu














Thursday, May 23, 2013

Bila 'anak' mengurus rumahtangga - Gambar tidak pernah MENIPU

Maaf kan mama sayang, mama memang 'kejam' pada kamu..Mama tak berupaya nak duduk dengan sempurna pun sampai nak mandikan adik kamu yang istimewa itu pun kamu yang bantu.

Puteri Dania, zaman kanak-kanak dia mungkin tidak seperti kanak2 yang lain, balik dari sekolah dia perlu mengambil alih tanggung jawab menjaga adik2, kemas rumah dan sebagainya..kadang2 bila time nak exam, aku akan call cleaner service utk kemas rumah aku..Sebabnya??

Sebab Aku TIDAK MAMPU utk membuat semua tu....memang sedih betul hidup aku ni.

Pagi2 sebelum kesekolah, dia akan pastikan susu baby (Mia N Khyra) telah tersedia, sebab kalau susu tak siap..aku akan mengamuk sebab ganggu masa tidur aku. Orang gemuk manalah boleh tidur lena, kadang2 jam 4pagi masih belum boleh tidur..Ianya menakutkan.. Puas pejam2 mata, layan buku, layan astro..tapi jangan harap boleh lena..
hormon badan dah tunggang terbalik, jadi 'tidur lena atau tidur awal' tak ada dalam kamus aku ni

Gambar dibawah ini adalah contoh terbaik bahawa aku tidak menipu kamu rakan2 maya yg dtg bertandang di blog aku ni..aku memang tidak berupaya nak mandikan anak sendiri..Semuanya Dania yang buat..Dia pandai sapu sampah seawal usia 6tahun, masak nasi umur 8tahun, goreng ikan, goreng telur, goreng ayam masa berumur 9tahun..nasi goreng pun dia pandai masak..

Kesimpulannya, dia matang dan dewasa dari usia sebenar..Sangat2 sedih dia tidak pandai berbasikal sehinggalah aku memaksanya naik basikal bila usianya 9tahun. kerana dia nak naik basikal dan bermain pun tak ada masa, masanya jaga adik2 je, adik nanges dia dokong dan buatkan susu. Adik berak dia cebuk, mandikan baby pendek kata, siapa nak jadikan dia isteri..memang anak aku ni 'sangat mewah' dengan pengalaman menjaga baby dan sangat cekap didapur...

Aku dan dia sering diperli bila dia dikatakan sering menjaga adik, dia diam aje..kalau sepupunya bermain, dia kena jaga adik..Tapi sekarang, bila aku dah fit sikit ni..aku kembalikan segala zaman2 kanak kpd dia..tapi nampaknya dia dah terbiasa..

Adik adalah Keutamaannya.. Sayang Dania, pengorbananmu tak terbalas nak..Ampun kan mama :(




Inilah anak ku tersayang, yang banyak berkorban utk ku..Puteri Dania

Aku jamin anak dara korang pun belum tentu berani nak mandikan baby, masa ni khyra baru 6bulan





Aku snap gambar ni sebab aku perhatikan Khyra asyik pandangggg je muka kakaknya semasa mandikan dia..aku rasa dia mcm tahu aje, jenjangan dia cakap "Kesian kakak aku ni, besar pengorbananmu"



Lepas mandi, posing kejap..dokong baby pun dia pandai



Pakai kan pampers dan baju baby


Tara!!! Dah siap mama...siap pakai stokin lagi tuuu


Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Dania yang ku panggil kakak tidak mampu utk ku balas..aku hanya mampu berdoa kesejahteraannya dunia dan akhirat...

Perit jadi orang gemuk ni, ramai yg terpaksa berkorban dan terkorban, jadi nasihat aku..jangan patah semangat..Jangan jadi orang GEMUK..JANGAN...JANGAN...kasihan lah dengan diri sendiri..Kalau tak diri yang kasihan..siapa lagi? 


Wednesday, May 22, 2013

Minggu ke 3 di Cabaran iSihat - Aku kena DENDA!!!

Serious aku kena denda beb, 3 timbang aku pergi (termasuk lah timbang iSihat tu) tetiba badan aku naik 300gram..masa tu syukurlah cikgu Kevin Zahri cakap, timbang ni memang naik sikit..aku rasa lega..tapi hukuman tetap ada. Ada jugak kawan2 yang mengeluh, jauh bebeno jaraknya dengan timbang peribadi mereka, perbezaan dalam1.4 gitu.

Aku pun sama, beza dalam sekilo mcm tu, timbang aku 88++ timbang iSihat tetiba 90kg lah pulak...serious beb, memang aku ada rasa down..terbawak2 sampai abes program, nak workout pun rasa tak berguna..huhu..kalau maintain tak pe..tapi naik tuu

Minggu ke 3 sebelum aktiviti treasure hunt bermula, sudah tentulah kena warm out dan acara denda gitu, nak tak nak kitaorang kena jogging dan menyerah diri lah kena denda..huhu layannnn...

Sebelum tu, sorry beb aku tak susun gambar mengikut itinerary program..hahha..nanti korang baca ajelah kat bawah gambar tu, aku upload sekali gus je..





HA!!!!! Ini Makan Dia!!!! Acara punishment by Cikgu Kevin Zahri..


Bergambar kenangan sebelum bermulanya program treasure hunt, biasalah artiskan..hihi 



Mak dara pinggitan...kuikui 


Seronok beb, perjalanan sebelum warm out, bila cikgu KZ kata "saya suruh jogging bukan sight seeing terus semua lari" KZ tak garang okay..





Yang mana 1, idaman kelabu...hahaha, diaorg ni kalau kurus, Aaron Aziz pun kalah tau, handsome gitu...huhu

Yang ni after joging dan kena punish, ada pulak cabaran makan sihat, korang tau aku kena makan carrot, nak muntah beb, sebab kulitnya tak dikupas...sabo ajelah

Dalam Lift pun sempat, bersama orang kuat KL Tower n Utusan Karya, serious beb dia org ni gila-gila and terbaikkk!!

Posing gyiomi sebelum naik ke angkasa dekat KL Tower..hehe

Gyiomi lagikkkk....


Task ni memang lawak beb, ada ke suruh aku gelek dalam hula hoop tu, sabo ajelah..kena buat 3 kali tanpa jatuhkan gelung tu wokeh, baru lah boleh dapat next clue..

Mira buat lawak..dia siap gelek kan muka ngan badan sekali...hahaha :D



Lepas program ni berakhir, korang akan jadi kenangan yang aku rindukan...huhu (tacing jap)

Kuza selalu buat muka mcm tu tau...candid!! hehe


Serious muka aku diapanah cahaya mentari, so rasa tak berguna je snap gambar..huhu




Nash dah lepas, aku jatuh..so kena buat sekali lagi..stress, last aku main benda alah ni rasanya umur 5 tahun kat sekolah tadika...dah umur 36tahun kena buat balik...tak kerr???


Finally..aku lepas, kesian Mira, aku rasa dia lagi lama tak main hula hoop ni dari aku..haha


Sila sahkan kehadiran anda dengan menandatangani borang kehadiran..hihi


Task minggu ke 4 Booth Camp, Booth camp ni HIIT Training, memang mintak nyawa aku rasa, pulak this week aku ada rasa sikit down, tapi tak pe..sebab impian aku nak memakai kebaya size M, kalau tak dapat raya ni, raya tahun depan..jadi aku tak peduli lah...perjuangan harus diselesaikan!!

Jumpa you all di next entry!!