Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Sunday, March 23, 2014

24/3/2014 - Puasa Isnin

Puasa Sunat hari ini, bukan sebab nak kuruskan badan ye..nawaitu kena pasak betul2. Nanti buat apa pun Allah tak redha, tak menjadi. Puasa sebab Allah, kerana Allah sangat suka kepada hambanya yang sering berpuasa..Jadi kalau boleh aku minta pada mu ya Allah, istiqamah kan lah aku untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. 

Selain daripada itu makna PUASA itu sendiri adalah MENAHAN DIRI DARIPADA LAPAR. So, kebetulan itulah cara yang paling mudah untuk menahan diri daripada godaan makanan ni.

Aku sudah minta kembali pada penciptaku bahawa AKU INGIN KURUS KERANA....

1) Sakit lutot aku ni dah lama, well kalau berat aku capai 100 kg je, confirm susah nak berjalan. dulu memang dah biasa keluar masuk hospital sebab masalah kepala lutot ni, so aku mohon pada Allah, aku ni solat duduk, kalau kurus senang lah sikit nak solat, mungkin aku dapat kembali solat berdiri..Inshaa Allah Ammin..ALLAH jualah yang menilai niat aku..

2) Sihat untuk anak. korang pun tau kan aku ada anak istimewa, memang dari dulu pun nak kurus sebab nak sihat dan nak jaga dia dengan baik.. Inshaa Allah kali ini lebih baik

3) Tak MAHU jadi PEMALAS - GEMUK itu MALAS

4) Senang sikit cari baju. Aku ni tiap kali cari baju, menyusahkan semua orang, dari suami yang membayar sehinggalah promoter baju huhuhu...pening..pening..baju ni tak muat, yg tu tak muat dah muat tak berkenan pulak. macam-macam perangai

Jadi bernekad lah kita untuk tidak menyusahkan orang lain disebab kan kegemukan kita ni hihihi..yang penting matlamat kali ini bukan untuk 'kurus dengan cepat' tetapi :


ENJOY LIFE AND HAVE FUN!! YeaYYY





Menu Berbuka Hari Ini


Heaven tak? heheh buat Atkins untuk 2 minggu, tengok lah camne result nanti, menu untuk inductions ni makan lauk pauk je (Kecuali sotong dan kerang kerangan) skip yang manis2 termasuk buah-buahan serta Low Carb.. Inshaa Allah, boleh :)

So air kena qada' 3-4 liter lah, seperti biasa.. so esok aku upload lagi gambar untuk korang tgk ya..menu breakfast / lunch / dinner aku

Aku ni mudah je, makan untuk kenyang..tak payah nak detail sangat..Janji tak terkeluar daripada syarat2 Atkins untuk tempoh induksi ni...YES!! KITA BOLEH!!!

BEFORE SLEEP GUYS!! Renung2 kan lah dan selamat termenung!! :)





Ya ALLAH bantulah aku.... :(

Assalamualaikum sahabat2 ku yang dirahmati Allah,

Blog ini aku ciptakan untuk diriku sebagai satu diari dengan nawaitu : Agar dapat menginspirasi manusia lain yang INGIN KURUS.

Selain daripada itu, andai satu hari nanti, perjalanan aku ini 'gagal' sampai ke matlamat, aku kira blog ini adalah satu tempat yang paling sesuai untuk aku hayati kembali bibit2 permulaan ketika aku nak menguruskan badan.. Aku cakap terang2 saja, kerana semua manusia didunia ini pernah buat silap, ada perasaan down, perasaan gembira tahap gaban, duka, lara, derita itu semua biasa..

Allah, akhirnya perkara yang aku takutkan itu berlaku juga. Beb, badan aku naik melambung..bukan sekilo dua kilo beb, malah berkilo-kilo..huaaaaa...aku tahu aku buat silap, aku tahu aku 'tidak pandai' melawan stress dan masalah 'food addict' aku ni. Ketika badan dah cantik dan dah turun sehingga 30kg++ aku mula lalai...

Makan dah tak tentu arah sebab terkejar-kejar masa, aku busy giler dengan bussines baru sampai aku stop dari gym. no more senaman..aku tak pergi, i think more than 6 month dah tak senam..beb trust me, aku dah mula start kembali benci dengan timbang ni..

Berkali-kali aku cuba nak 'back on track' tapi gagal, nak dpt kembali momentum tu sangat payah...aku perbaiki niat, gagal juga..masaalah food addict ni bukan masalah ringan dan biasa.. Hanya mereka yang pernah naik sampai 115kg mcm aku ni tau lah mcm mana perasaan nya

supprisingly, aku masih menerima banyak whatsapp dan pm di facebook yang bercita-cita nak kuruskan badan termasuk lah nak menu aku, tips dan gambar2 terbaru... huhuhu rasa nak hempuk kepala kat dinding pun ada rasanya.

Bila aku start membalas dan melayan pertanyaan2 mereka, aku dah mula rasa malu pada diri sendiri..korang sendiri boleh faham kenapa lah aku kemain lama tak update blog, berhabuk blog aku nih...so, again after heart to heart discussion with my bff, aku tune balik nawaitu aku..

First, buat solat hajat mintak dengan Allah.. Nak kurus sebab apa? Pakai baju seksi2 then selfie2 hupdate kat facebook and instagram??? NO WAY BEB, aku hilang 30kg, aku sibuk nak cari baju yang paling cun, make up tebal2 cantik2, penyudahnya ni la aku dapat...LALAI

MOHON PADA ALLAH supaya senang lah sikit nak solat tu, supaya kepala lutot tu tak sakit, jalan pun senang dan tak lah pemalas..Orang Gemok ni PEMALAS..serious..jangan lah tak mengaku..sape2 yang sedar diri pemalas, pergilah cek BMI tu..cek, gemok ke tak. Semua perkara dalam dunia ni, kerana Allah Taala. Bukan sebab kurus nak pakai baju seksi, dress cantik nak selfie2 dalam facebook atau mintak orang puji..tu semua nanti dapat bala Allah. Tak caya, cer tanya aku yang naik almost 10 kg ni.

So hari ni Ahad, 23/3/2014 aku perbaiki niat..

Tak salah berangan, tapi banyak sangat berangan ni kerja syaiton. Ok guys, atas izin Allah juga.. aku akan update mcm dulu2 balik. But sebelum tu, untuk memberi semangat pada diri dan korang yang nak join new group diet aku ni, aku belanja satu gambar dulu..

Senyum :)

Saiz 14 

Majalah RAPI

Majalah JELITA

Aku suka giler gambar ni..huhuhu kawan2 grooming aku sejak aku kurus..huaaaaaaaa....



Jadi pesanan aku mudah je, Jangan LALAI..Pujian tu boleh membunuh okay.. Jangan tenggelam dek pujian, jangan lemas dek kejian..hanya perlu fokus dan teruskan..nanti bila asyik kena puji, mula lah tak sedau diri mcm aku ni dan akhirnya padan lah dengan muka aku sendiri..

Jom KURUS sama2

Mingguan Wanita nak shoot aku korang tau, tapi malu punya pasal sebab diaorg tak tahu badan aku naik balik mcm badak sumbu, aku ckp aku tak bersedia..huhuhu








Friday, July 19, 2013

Apabila aku pelajari sesuatu....

Hari ini aku pelajari sesuatu, kadang2 kita berniat baik, bersangka baik, berusaha dengan ikhlas untuk membantu orang lain..namun manusia yang diciptakan segumpal daging yakni hati seringkali menyalah tafsir dengan berprasangka buruk terhadap niat itu..

Kali ini aku sudah tidak peduli, apabila aku rasakan sekiranya tindakan aku itu hasilnya akan memberi 'manafaat besar' kepada orang lain, 'menambah nilai' dalam kehidupan mereka..maka kiranya seekor 2 ulat belangkas mengigit tidak mungkin meninggalkan bekas..gigitan yang menyakitkan itu mungkin akan mengenyangkan mereka dan acapkali akan mengingatkan aku selepas ini tetapi ianya 'tidak sesekali' akan mematahkan semangat aku, untuk terus membantu dan menginspirasi manusia lain yang memerlukan...

Guru selalu berpesan, apabila orang menghina, menyindir, memaki hamun tanpa satu pertanyaan pun diutarakan kepada kamu maka wajiblah kamu menjauhinya...Ibarat sebiji epal ranum yang dihurungi ulat, buanglah ulat itu untuk mengenyangkan perutmu dan bukannya membuang buah yang akan menyebabkan kamu kelaparan..

Jauhilah prasangka buruk dan tidak baik kerana ianya hanya meruntuhkan ukhwah sesama kamu...

Teringat kata2 sahabat ku Fyn Jamal ketika rumah keluarganya di pecah masuk, 

"syaitan bukan satu2nya bangsa yang jahat.

kadang2-- manusia juga".



Wallahualam...

Monday, July 15, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 2013!

Ramadan datang lagi, serious dihati teringin nak shoot 10kg utk sebulan. Tetapi aku faham, aku wajib mengharungi kesakitannya kalau aku betul2 nak shoot 10kg bulan ni. Pengorbanan yang perlu aku lakukan bukan sedikit hokay..first no bazar ramadan, no masakan yang sedap2, no menghabiskan makanan anak2 aku (seperti tahun2 yang lepas, asal makanan tak habis je semua makanan wajiblah dibuang kedalam mulut aku ni) aku nganga jer...huhuhu

Walau bagaimana pun, at least aku mencuba, dan serahkan segala-galanya pada Allah...aku dah turun 30kg, jadi tak usah lah tamak sangat...(ayat sedap hati) kalau dapat turun 5kg aje  dalam ramadan ini, dah syukur alhamdulillah..

Jadi percubaan utk menurunkan berat badan bermula dengan 'merancang' makan makanan yang baik dan sihat..Formulanya mudah :

1) Kurangkan Carb
2) Lebihkan protein 
3) Banyak kan serat 
4) Kurang gila tahap gaban pengambilan gula atau minuman manis (kalau tak puasa mmg aku tak ambil langsung) 
5) Cheat day mesti ada (aku buat seminggu sekali time nak balik umah mentua ke atau time g shopping nanti)

So hari ni dah masuk hari ke 7 berpuasa, kita layan kejap menu2 sahur dan buka puasa okay....memang tak banyak beza sebab aku ambil oats dan cereal sahaja :)

Oats, sardin, sayur dan telur kocak

Cereal 

Oats, Sup Sayur dan Ayam Bakar / Golek tapi make sure ambil bahagian dada 

Oats, Sup Bakso, Sambal tumis 1 sudu teh sekadar nak merasa (Sayur aku dah terngappp awal)

Yong Taufu Sup (Sayur jangan lupa) Sukahati lah nak makan sayur apa


Nanti hujung bulan ni kita sama2 tengok lah keputusannya okay




Thursday, July 11, 2013

Aktiviti Selepas I-Sihat (Walkathon & Climbing)

First activity after graduate from I Sihat...cewah..hihihi..panjang citer pasal aktiviti berjalan kaki ni, sebabnya aku dah sesat jalan..ingatkan di Shah Alam rupanya di Klang gitu..adoyaiii...

Walau macam mana pun, seronok jumpa kengkawan semula lepas tamat program..tapi sayang aku tak dapat nak hang out lama sebab ada aktiviti lain pula..Janji dapat medal, emas lagi ....hihhi

Setia Alam Walkathon


Baju 2 lapis hoiiii!!! hihihi 





Seminggu selepas tu, kami panjant Broga Hills pulak, di Semenyih..aktiviti memang ohsem..serious aku lebih suka panjat dari buat larian..tapi kena cari geng, sebab geng aku semua suka larian..huhuhu

BROGA HILLS memang ohsem, walaupun penat sikit sebab memanjat, tapi puas hati bila dah sampai puncak..walau pun yang aku daki ni bukan lah puncak yang paling tinggi tapi aku puas...first, kalau dibaca keadaan aku yang pernah berat 115kg dahulu..memang tak sangka lah yang satu hari nanti, segala gunung pun aku panjat..jadi kalau aku boleh..tak kan lah korang tak boleh, kan?

Terima Kasih kat anak2 dan suami yang pagi2 buta bangun tidur (dalam pukul 4am mcm tu) sebab kita orang nak panjat pukul 6am, sebab nak tengok matahari terbit katanye...jadi mcm biasa, anak2 lah aku hangkut ke hulu ke hilir, mereka ni melihat sendiri perubahan aku sebagai ibu mereka..anak2 aku ni pengkritik professional dan bila memuji pula..sentapnya hingga ke hulu hati...huhuhu

Layannzzz....

Anak2 ku, besar sungguh pengorbanan kalian sayang....bangun 4am nak teman mama, mama akan buktikan pada anak2 mama yang mama BOLEH!!

Husband suruh ambil gambar ni, dia cakap satu tempat mcm di Indonesia yang satu lagi macam di Eropah..huhuhu... tetapi still di Malaysia tanah air ku :)

PUAS!! Itu je aku boleh cakap...






Me and June..I was bigger then her before and now we r in the same track.. Insya Allah..semua boleh



Cantik kan ciptaan Allah :)

Me, June And Miera


Me, June, Miera, Leyha and Nana..Love you guys :)





Lelaki2 macho...Nakib and zamani

June, Seyes ko comel dik..hihihi masa ni nak turun gunung dah, June sampai dulu 





Melihat si Nakib yang makan ayam tak henti2..hihihi lapooooo




Kamu semua adalah sesuatu yang sentiasa aku rindukan....Terima Kasih Allah, kerana menemukan aku dengan mereka ini...Ohsem!






Final I Sihat

Tahniah kepada pemenang, walaupun tak menang..namun aku bangga..Alhamdulillah, aku masuk bukan nak menang, tapi nak cari ilmu, nak cari kawan baru..dan Allah permudahkan urusan ku..Syukur..

Masa aku join I Sihat, aku dah turun lebih 20kg, jadi nawaitu aku masa join program ni langsung tak terfikir nak menang..program ni telah pun berlalu dan kenangan bersama mereka sangat ohsem..kami ada secret group yang selalu share aktiviti2 terbaru..Kami ada group We Chat, so selalu jumpa kawan dan bertukar2 pendapat mengenai makanan dan aktiviti terkini..Memang best dapat bersama mereka..

Jom Layan gambar sekitar final..well, aku menari hoiiiii!!! hihihi :)

Adik yang dengan Najwa Latiff ni namanya Jabbar, cantik kan dia ni..sumpah cantik korang! muka mcm barbie doll..aku tak sabar nak tunggu dia kuros, seyes meletops!!



Tengok lah my hubby, sempat menyembang...projek baru ke bang?

Danish, my eldest son with Nabil..

Siapa retis ni...hihhihi aku pun ada nak perform gak hari tu :)

When Nabil meet Khyra


Hubby and kiddos with Najwa Latiff



Terima Kasih pada mak mertua yang datang tengok aku..huhuhu


My soul mate 

When rafa (anak Kevin Zahri) meet Khyra







Orang dapat moke up cheque, kita dapat hamper..hihihi janji dapat kan?















Tahniah kepada semua pemenang..




Me and Cikgu Kevin

Orang kuat Isihat, Cik Syarliz..tak de dia I Sihat Jadi I Sakit..huhuhu

Me and Mimi