Walau bagaimana pun, at least aku mencuba, dan serahkan segala-galanya pada Allah...aku dah turun 30kg, jadi tak usah lah tamak sangat...(ayat sedap hati) kalau dapat turun 5kg aje dalam ramadan ini, dah syukur alhamdulillah..
Jadi percubaan utk menurunkan berat badan bermula dengan 'merancang' makan makanan yang baik dan sihat..Formulanya mudah :
1) Kurangkan Carb
2) Lebihkan protein
3) Banyak kan serat
4) Kurang gila tahap gaban pengambilan gula atau minuman manis (kalau tak puasa mmg aku tak ambil langsung)
5) Cheat day mesti ada (aku buat seminggu sekali time nak balik umah mentua ke atau time g shopping nanti)
So hari ni dah masuk hari ke 7 berpuasa, kita layan kejap menu2 sahur dan buka puasa okay....memang tak banyak beza sebab aku ambil oats dan cereal sahaja :)
Oats, sardin, sayur dan telur kocak
Cereal
Oats, Sup Sayur dan Ayam Bakar / Golek tapi make sure ambil bahagian dada
Oats, Sup Bakso, Sambal tumis 1 sudu teh sekadar nak merasa (Sayur aku dah terngappp awal)
Yong Taufu Sup (Sayur jangan lupa) Sukahati lah nak makan sayur apa
Nanti hujung bulan ni kita sama2 tengok lah keputusannya okay






No comments:
Post a Comment