Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Aku tahu 'bahagia' yang menanti

Tuesday, May 14, 2013

December 2012 yang penuh erti :)

Aku memang kuat semangat nak kurus, bagi aku this is the time, dah lama sangat dah lemak2 ni bermaharajalela dalam badan aku, kalau tidak, tak kan lah berat badan aku sampai mencecah 115kg dengan kependek kan aku just 155 cm je ni..huhu..
Kepada yang dah tahu, aku memang tak boleh berjalan sangat, jalan 5-10 langkah, aku kena duduk, makan duduk, masak duduk dan mandi pun kena duduk, dirumah aku ada 2 buah kerusi plastik yg aku satukan (supaya kukuh dan tak patah) untuk aku duduk dan membuat kerja2 rumah, maksudnya aku buat kerja sambil duduk dikerusi..nampak tak masalah aku ni? huhu

Aku tak pernah sapu sampah rumah, aku tak pernah nak buat kerja2 berat atas sebab keberatan badan aku ni, semua kerja pun diambil alih oleh anak dara aku yg ketika itu baru berumur 9tahun, kalau cerita pasal dia, memang boleh menangis beb, sebabnya masa zaman kejatuhan Majapahit (hehe..) tu, segala urusan rumahtangga diserahkan kepada dia, aku nak dokong anak pun tak boleh, kalau teringin sangat nak dokong Khyra atau Mia, aku kena duduk dan dokong, pastu penat tercungap2..adoyaiii kesian kat aku nih..stresss jer..

Okay berbalik kepada perjalanan aku nak ke kurus tadi, bila berat badan aku dah turun sikit dari 115 ke 105.5 aku dah rasa fit sikit, maka start lah fasa baru kehidupan aku iaitu, bermain-main dan bermanja-manja di gym.. wooo ini part yg paling best aku nak citer kat korang...Jom layan gambar dulu..huhu

Ini lah Gym yang paling aku sayang World Fitness Gym, kat sinilah rumah ke 2 aku. Datang sini aku dah turun banyak kilo beb

Ada hari-hari aku terpaksa bawak anak, sebab schedule selalu bertukar, biasalah aku lah driver, akulah tukang masak, bibik, so semua aku uruskan sendiri, jadinya ada waktu2 tertentu aku terpaksa lah 'hangkut' anak2 ke gym, aku memang tak peduli lah orang pandang, mat2 body builder tu tengok sambil senyum2, dahlah badan macam gaban, duduk jaga anak kat umah ajelah kak oiii..(agaknya mcm tu lah dia org ckp kat aku) Tapi aku peduli apa, sebab yang sihat nya adalah AKU...

Masa ni Khyra dah bosan agaknya, melalak je dia kuat pulak tu, so terpaksa lah aku sambil berbasikal sambil dokong dan agah2 dia..sampai dia ketawa..sabau ajelah 

Biasanya kalau bawak anak, masa aku ber kardio tak sampai sejam pun, tapi aku kena pastikan yang senaman aku tu berkualiti..kalau tak membazir usaha, masa dan tenaga..lagi satu membazir duit minyak jugak..huhu
Bila dah selalu ke gym, berkardio dan angkat berat sikit-sikit, sudah tentulah ada perubahan..kalau tak membazir duit ajelah kalau pergi ke gym, jadi setiap kali naik kepenimbang, alhamdulillah jarang sekali aku kecewa, semuanya senyummm je..jom kita layan sikit proses2 penurunan aku ni ya :)

Seminggu bermanja2 di gym berat aku turun dari 105.5 kepada 103..Alhamdulillah 

So daripada 115kg ke 103 korang nampak tak perbezaannya, hampir 12kg lah. Masa ni lagi 2 minggu nak new year, pertengahan bulan 12 macam tu dan aku nekad sehingga New Year 2013, aku nak buang terus angka 100 tu dalam hidup aku. So usaha kena lebih dan istiqamah..Aku mesti dapat apa yang aku nak..hihi sebab tu aku usaha dan terus usaha.. Sebab PERCAYA lah, hanya usaha yang kuat, gigih dan bersungguh-sungguh, pasti akan membuahkan kejayaan

Pergh!! korang nampak macam mudah beb, tapi nak kurus kalau ada sedikit ilmu..PERCAYALAH!! memang mudah. Tahniah kepada aku..hihi


Jadi bermula lah perjalanan 90an aku bagi tahun 2013 ini...korang mesti nak tahu lagi kan, tapi sebelum tu, kita layan lah dulu zaman2 kejatuhan Sultan Sulu aku ni..hahaha....


Perasan kurus aku masa ni, padahal baru turun 4kilo macam tu..dah terpoyo jap macam Maya Karin..hukhuk

Hari Raya makanlah apa sahaja...best giler masa berjalan semput sahaja..memang terbaekk nafsu aku ni..

Ini baru turun dalam 12kg macam tu..so sebagai kenangan dan motivasi untuk diri sendiri.



No comments:

Post a Comment